Sunday, October 17, 2010

sAbAr dalam menangani masalah

Bukan mudah untuk bersabar dan berfikiran positif. Ramai orang gagal untuk bersabar dan berfikiran positif apabila ditimpa sesuatu masalah...Macam mana nak maintain bersabar ? Jawapannya mudah sahaja iaitu IMAN..

Teringat aku akan kisah Nabi Muhamad s.a.w ketika hijrah baginda ke Taif bersama dengan sahabat, Zaid bin Harithah. Bukan mudah hijrahnya Rasulullah ke sana. Rasulullah tidak diterima di sana malah dibaling batu kepada Rasulullah dan sahabat sehingga berdarah kepala dan kaki mereka. Rasulullah tak dapat nak berdakwah kepada penduduk Taif yang jahil ketika itu. Menurut Imam Muslim Rasulullah mencari perlindungan di bawah sepohon pokok yang rendang. Ketika itu datang malaikat penjaga gunung meminta izin kapada Rasulullah untuk menimpakan gunung Taif kepada penduduk Taif di atas kedegilan mereka untuk menerima dakwah Rasulullah. Adakan Rasulullah mengizinkan malaikat berbuat demikian? Tidak sama sekali malah Rasulullah berdoa kepada ALLAH mengharapkan akan ada di kalangan penduduk beriman dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pada masa akan datang.

Masya-ALLAH betapa mulia akhlak Rasulullah yang sangat berlapang dada, bersabar dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalankan dakwah menyebarkan Islam. Kita bayangkan jika Rasulullah tidak bersabar dalam dakwah baginda adakah Islam yang kita anuti sekarang sampai kepada kita seperti hari ini? Sudah tentu tidak bukan? Bukan susah untuk bersabar asalnya hati dan roh kita ada iman.
Sabar adalah kunci kejayaan!!
Sudah banyak ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ganjaran ke atas orang-orang yang bersabar. 


Sabar dan bijak mengatasi masalah anda. Jadikan masalah anda sebagai satu platform kepada anda untuk membaiki diri dari segenap aspek. Setiap kesulitan ada kesenangan.

Surah Al-Baqarah ayat 153 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah)dengan sabar dan solat. Sungguh Allah bersama orang-orang yang bersabar..