Monday, July 11, 2011

dAriKu uNTuKmU

dArIkU uNTuKmU 

Seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah...

indah alam untuk kita tadabbur...
meyakini keagungan Khaliq..
dan menginsafi kelemahan makhluk..

keindahan hati sahabat..
utk sama-sama kita mengecap dan menikmati bahagia...
(kredit to k.dah)

Dalam kita mengharapkan orang yang baik untuk menjadi pasangan hidup kita,
 alangkah bagusnya kita sendiri menyuluh diri kita sendiri.
Adakah kita cukup baik untuk orang yang baik..
 Hadith Nabi ada menyatakan membina sebuah perkahwinan itu
ibarat menyempurnakan separuh dari agama.
Jelas di sini perkara itu sangat besar, jadi dalam perjalanan ke arah itu,
alangkah baik jika kita berusaha memperbaiki diri sebelum
melangkah kaki ke pintu penyempurnaan separuh agama itu.
Kita nak separuh itu tersempurna dengan baik,
bukan separuh jadi suku atau less than separuh.
 Langkah untuk memperbaiki diri bukan berlaku 2 3 bulan sebelum perkahwinan tapi
ia bermula sejak kita dilahirkan sehingga saat malaikat maut mencabut nyawa kita..
Semoga kita terus istiqamah dalam mengislah diri kita.InsyaALLAH..
Kerana seorang mukmin itu, hari ini adalah lebih baik dari semalam
 dan esok adalah lebih baik dari semalam.

Hanya ENGKAU sandaran kami Ya ALLAH..

Senyumlah,
boleh jadi senyuman anda bisa menenangkan hati orang di sekeliling anda.
Cuba anda bayangkan adakah anda suka kalu orang lain bermuka masam
dengan anda..Tentu tidak bukan...
Lakukan apa yang anda suka orang lain lakukan kepada anda..


Sungguh bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadikan dunia tidak melekat di hati
Hanya satu yang perlu iaitu
MUJAHADAH.....

Thursday, June 16, 2011

Ya ALLAH.....

Hari demi hari berlalu
tahun berganti tahun
musim silih berganti datang dan pergi.
Diri tua itu menghitung masa yang pergi
merenung jauh ke belakang
"sudah lama benar aku hidup tapi....."
gumam si tua itu.
 Tidak semena-mena 
titisan air mata jatuh dari mata yang kedut itu.
Mengalir perlahan dan lesu 
di alur pipi yang kedut seribu.
Hatinya hiba mengenang 
usia yang telah ditinggalkan pergi.
Diri tua itu membilang amal-amal
yang bisa menjadi pembela dia di sana kelak.
Ah, sedikit sungguh..
Semakin laju titisan mutiara 
mengalir tanpa henti.
Hati si tua berdoa
"Ya ALLAH Engkau berkatilah usiaku 
yang berlalu pergi
Ampunilah dosa-dosaku
 yang lalu dan akan datang
Jadikan hari esok dan akan datang 
lebih baik dari hari ini dan semalam"
Si tua itu mengharapkan sisa umur
 yang masih berbaki 
dapat dipenuhi dengan 
amalan dan ketakwaan kepada ALLAH
kerana si tua itu tahu ajal dan kematian
sentiasa mengiringi setiap langkahnya.


Ya ALLAH 
matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah
rahmatilah usia kami
suburkanlah hati kami dengan cahaya keimananMU
tetapkanlah hati kami di jalan yang benar
jalan yang lurus menujuMU
kurniakanlah ketenangan kepada kami
hindari kami dari sifat-sifat yang tercela
kurniakanlah kami kekuatan 
untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini.
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim
hanya padaMU kami berserah dan bertawakal..








Sunday, May 29, 2011

KeMbALilah


Selalu hati berbisik
'kau tak mampu, kau lemah'
Akal pula menyangkal
'kau kuat, kau tabah dan kau mampu!'
Hati berbisik lagi
'menangislah wahai mata
kerana dengan itu bisa buat aku bahagia'
Akal pula berkata
'jangan alirkan air mata itu
kerana ia tidak semurah 
seperti hati sangkakan'
Hati berkata lagi
'usah kau peduli cakap orang
mereka tak paham penderitaanmu'
Akal menepis
'mereka menyayangimu
dengarlah kata mereka'
Hati terus memaksa
'kalau kau terus begini
kau akan derita'
Akal pula menjawab
'mari kembali pada Tuhanmu
kerana DIA yang mencipta 
segala kesulitan atas dirimu.
Setiap kesulitan yang tertanggung
ada kemudahan dan ganjaran 
yang dijanjikan untukmu 
oleh Tuhanmu yang Maha Mengetahui.'

Syukurilah segala dugaan hidup
kerana dengannya kita
banyak belajar..

Ikut hati mati....
ikut rasa binasa...

Kembalilah pada Penciptamu
kerana hanya DIA yang bisa mendengar rintihanmu itu.

Ya ALLAH 
tabahkan hati-hati kami
kuatkan hati-hati ini
sepanjang perjalanan menujuMU...
Ameen ya Rabbal 'alamin...







Wednesday, May 25, 2011

SaUdArAKu.......

Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.
Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.
Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakut-nakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:

"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa". Al-Baqarah: 177

"Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka
dalam peperangan Uhud, bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa ada pahala yang besar. Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman ". Ali imran: 172-175

"Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan".Ali Imran : 146

Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan; iaitu kemenangan dan pimpinan manusia diserahkan kepada kita ataupun mati syahid dan berbahagia..

Perjalanan sebuah perjuangan masih jauh...

Saturday, April 30, 2011

ThaLhah: Syahid yaNG HIdUp

Sudah  lama x menulis.. Kepala otak rasa buntu xkeluar idea tangan pula kaku untuk mencoret sesuatu.. Begini la dunia seorang pelajar medic yang sangat sibuk. Sibukkah? Tanya diri anda sendiri? 
Semoga catatan kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada sahabat-sahabat sudi menerjah ke sini..
Kali ini nak tulis pasal sirah plak...
Sahabat-sahabat tahu x sapa siap 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga? 10 sahabat Nabi itu adalah
1) Saidina Abu Bakar
2) Saidina Umar ak-Khattab
3) Saidina Uthman Affan
4) Saidina Ali Abi Talib
5) Zubair Al-Awwam
6) Thalhah Bin Ubaidillah
7) Said Bin Zaid
8) Abdul Rahman Bin Auf
9) Saad Bin Abu Waqas
10) Abu Ubaidah Al-Jarrah
Kali ini nak bercerita tentang salah seorang daripada 10 sahabat Nabi iaitu Thalhah bin Ubaidillah yang terkenal dengan gelaran syahid yang hidup atau Assyahidul hayy...
Beliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, beliau bekerja sebagai saudagar. Walaupun masih muda, Thalhah mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, ia cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam. Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah. Setibanya di Makkah, lalu beliau bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa yang berlaku sepanjang peninggalanku?" "Ada, Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. ”Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami bersahabat baik, banyak orang menyukai akhlaknya, kerana dia ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah lirih. Setelah itu Thalhah terus mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah pun menceritakan tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah terus mengucapkan dua kalimat syahadat.
Antara peribadi Thalhah adalah kesungguhan beliau dalam mempertahan Rasulullah ketika Perang Uhud sehingga beliau digelar Assyahidul hayy. Belaiu adalah antara sahabat Nabi yang mengelilingi Nabi ketika tentera Musyrikin kembali menyerang pasukan tentera Islam dalam Perang Uhud. Tangan kiri beliau memegang Rasulullah manakala tangan kanannya pula memegang pedang untuk melindungi Rasulullah. Setiap kalu Rasulullah bertanya kepada sahabat yang ada di sekeliling baginda siapa yang akan mara ke hadapan untuk bertarung dengan tentera Musyrikin, Thalhah sentiasa menjadi orang pertama menyahut seruan Rasulullah itu. Namun Rasulullah tidak membenarkan Thalhah mara tetapi sebaliknya berada di sisi Rasulullah sehinggalah ramai tentera Islam yang gugur dan setelah beliau berjaya menghantar Rasulullah ke sebuah bukit untuk perlindungan. Thalhah akhirnya mara menentang musuh-musuh Allah itu..
Beliau mengalami banyak kecederaan semasa Perang Uhud. Diriwayatkan lebih 70 kesan luka akibat pedang dan panah pada badan beliau. Beliau juga didapati pengsan oleh Saidina Abu Bakar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah selepas menentang tentera musyrikin sehingga digelar Assyahidul hayy (Syahid yang hidup). Diriwayatkan juga bahawa Thalhah kehilangan jari sewaktu perang Uhud. Di sini kita dapat lihat betapa cinta Thalhah kepada Islam dan pembawa risalah Islam itu sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Beliau sanggup mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa untuk bersama-sama Rasulullah dalam menegakkan agama Islam yang mana dengan usaha Nabi Muhammad dan para sahabatlah maka pada hari ini kita dapat merasa nikmat Islam dan Iman sehingga hari ini..Alhamdulillah sungguh besar perancangan Allah s.w.t.. Muhasabah kepada diri ini dan sahabat sekalian, adakah kita betul-betul menyerahkan segala-galanya yang kita ada untuk perjuangan Islam? Mudah-mudahan kita akan sentiasa mempertingkatkan dan memperbaiki diri kita serta sentiasa mengajak orang lain ke arah fikrah islam yang syumul ini. Islam tidak berkehendak kepada kita tapi kitalah yang berkehendak kepada Islam. Kita perlu sedar Islam  tak pernak rugi jika kita tak memperjuangkannya tapi kitalah yang sebenarnyalah yang rugi kerana janji ALLAH itu pasti.. Islam akan dijulang satu hari nanti...
Antara kisah lain mengenai Thalhah adalah mengenai sifat pemurah beliau. Thalhah adalah pedagang besar. Pada suatu hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700 000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrerinya iaitu Ummu Kaltsum binti Abu Bakar Shiddiq, Mengapa engkau gelisah, hai Abu Muhammad, Apa kesalahan kami sehingga membuatkan engkau begitu gelisah?
Jawab Thalhah, Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada sesuatu yang aku fikirkan, seperti kebiasaan fikiran seseorang kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya..
Jawab isterinya lagi, Mengapa engkau begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum engkau banyak yang memerlukan  pertolongan engkau. Besok pagi bahagikan wang itu kepada mereka..
 Kata Thalhah, Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah. Paginya, dimasukkan wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibahagikan  kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Ansar.
  MasyaALLAH.. Kita boleh lihat betapa pemurahnya Thalhah. Beliau risau tentang harta yang banyak, adakah kita juga seperti itu? Atau kita risau dengan wang yang tak pernah cukup? Sudah banyakkah harta yang kita laburkan untuk saham kita di akhirat kelak? Sama-sama kita fikirkan..
Seperkara lagi yang boleh kita dapat dari kisah di atas, adalah peranan seorang isteri.. Tidak mahukah kita menjadi isteri seperti Ummi Kaltsum yang menjadi penenag di kala suami kegelisahan, memberikan penyelesaian kepada permasalahan suaminya. Mesti la nak kan... Jangan pula kita sebagai isteri menyerabutkan kepala otak suami dengan akhlak dan peribadi kita yang kurang enak. Jangan jadi isteri yang akan menjawab, " Ala, apa susah-susah bagi je suma harta tu kat saya, saya boleh uruskan. Boleh saya g shopping, beli itu dan ini. Dan bla bla..." Memang tak patut..Kesimpulannya jadilah isteri yang boleh membawa suami ke syurga.(Nasihat orang xbertauliah tapi ambillah, semoga bermanfaat)
Melihat kepada pengorbanan Thalhah dalam perjuangan beliau bersama Nabi dan sahabat-sahabat yang lain, mari kita muhasabah diri kita. Sahabat-sahabat Nabi walaupun telah dijamin dengan syurga sekalipun tetap mempertaruhkan dan mengorbankan segala-galanya untuk Islam kerana ALLAH dan RasulNYA, bagaimana pula kita tidak dijanjikan seperti mana sahabat Nabi? Maka kita perlu lebih lagi tapi mana mungkin kita dapat menandingi para sahabat yang jauh berganda-ganda amalan dan pengorbanan mereka tetapi sekurang-kurang kita sentiasa berusaha mencontohi Nabi Muhammad dan para sahabat dalam menjunjung perintah ALLAH mempertahan dan menyebarkan dakwah Islam.
Wallahu'alam...

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."(14:11,12)




Tuesday, April 12, 2011

"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan
 bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan
mendokong pendirian (pegangan hidup)
 memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu 
atau dari golongan yang menyeru kepadanya.
 Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan 
jiwa yang terhimpun di dalamnya
beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang 
tidak mengenal lemah, kesetiaan 
yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak 
yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta
kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) 
dasar  pegangan hidup, beriman kepadanya 
dan menghargainya sungguh-sungguh. 
Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari 
kesalahan dan penyelewengan daripadanya(pembentukan) 
dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara
 dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya"

Monday, April 4, 2011

HaRgAi MaSa RemAjAmU

Sejak balik semula ke Kaherah, kehidupan menjadi sangat sibuk...sangat ke?.. Agak la. Kadang-kadang ruang bernafas terasa sempit. Gara-gara nak kejar silibus yang tertunggak cuti 2 hari seminggu menjadi satu hari. Ditambah plak dengan kelas tuisyen 4 hari seminggu. Ada satu hari dalam seminggu 2 keluar ke kelas jam 7 pagi balik semula ke rumah 6 petang, hampir 12 jam. Itu la sapa suruh baru sekarang gatal nak mbek tuisyen banyak-banyak.haha Tapi aku xkisah asalkan setiap detik masaku terisi.

Aku tertarik dengan buku Syeikh Yusof Qardhawi yang bertajuk Wajibul Syabab Al- Yaum yang menerangkan tentang apa yang sepatutnya remaja seperti aku lakukan pada masa sekarang yakni pada masa muda mereka. Bila dikenang semula, Ya ALLAH banyak masa terluang yang terbuang dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat sedangkan banyak lagi kewajipan sebagai seorang muslim yang belum tertunai lantaran kejahilan diri.



Syeikh mengatakan bahawa masa remajalah masa yang semangat berkobar-kobar, jiwa masih kuat dan gagah. Ya betul.. Lihat saja pada kebangkitan masyarakat di Timur Tengah, jiwa muda bangun menentang dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kezaliman kerajaan sama atau mungkin lebih bilangannya dengan golongan tua. Manfaatkanlah masa remaja yang mana saat ini kita masih gagah untuk  mengutip mutiara berharga sebagai bekalan kehidupan. Masa inilah kita masih kuat untuk bergerak ke sana ke sini . Masa inilah otak kita masih segar untuk menerima segala input sebelum diserang penyakit lupa. Masa inilah kita bebas untuk bergerak tanpa kekangan tanggungjawab terhadap  institusi kekeluargaan. Masa inilah kita boleh menyumbang dengan sebanyak-banyaknya..



Sesetengah orang akan berkata," Ah biar la, time ni la aku nak enjoy t dah tua aku tobat la. Rugi beb". Inilah kalam orang yang rugi. Baginya kematian itu hanya untuk orang tua-tua. Alangkah rugi mereka kerana hanya memikirkan keseronokan hidup sehingga mengundang kemurkaan ALLAH. Hidup diisi dengan kelalaian yang berpanjangan, hiburan yang menggelapkan dan menjauhkan hati dari mengingati ALLAH, kematian tidak wujud dalam kamus hidup, syurga neraka jauh sekali. Lihatlah kehidupan kebanyakkan remaja sekarang. Berapa ramai remaja yang mengorbankan sepenuh hidupnya untuk Islam? Ramai lagi yang mengorbankan hidupnya kepada keduniaan yang melekakan..


Wujudkah  lagi karakter Saidina Ali, pemuda yang sepanjang hidupnya hanyalah untuk ALLAH, Rasul dan Islam pada remaja sekarang? Wujudkah lagi karakter Salehuddin Ayyubi, pejuang agama yang gagah dalam peperangan tapi kuat ibadatnya kepada ALLAH ? Sungguh hanya kita yang menentukan siapa kita di hadapan ALLAH kelak.. Kitakah pembela agama ALLAH atau kitakah yang mencalar kesucian agama ALLAH itu .. Kita yang tentukan..


Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.. (103)

" Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal"...(40:39)

Sunday, March 13, 2011

ZamAn duLUkaLa

Kalau tanya ramai-ramai manusia dalam dunia ni, waktu/zaman bila yang depa paling xleh lupa... Pasti ramai akan jawab time zaman kanak-kanak.. Memori yang xpernah luput dalam ingatan..
Tetiba aku rasa nak bercerita plak maklumlah time demam rindu macam la ni, aku jadi rajin plak..

Waktu zaman kanak-kanaklah, hidup paling bahagia sekali sebab time tu xdak matlamat idup yang ada cuma cita-cita. Aku punya cita-cita adalah nak jadi doktor dan aku rasa kebanyakkan kanak-kanak bercita-cita nak jadi doktor. Tanpa sedar, zaman kanak-kanaklah membentuk kita pada hari ni. Contohnya, kalau dah waktu kanak-kanak punyalah nakal, mungkin bila dah besar macam la still ada perangai nakal tu.huhu

Waktu dulu aku mula stat sekolah kat PASTI. PASTI 2 xdak nama, maybe boleh bubuh nama kampung, PASTI KAMPUNG TANJUNG BELIT. Sebab apa ayah aku anta ngaji kat PASTI, pertama sebab yuran dia murah kalau xsilap RM 10 sebulan @ mungkin lebih murah, kedua sebab dekat dengan umah, g jalan kaki xpon lari atas batas bendang/sawah, kalau ada parit lompat yang pasti x pernah ag merangkak p ngaji, ketiga sebab PASTI banyak menekan aspek agama dan lain-lain sebab yang munasabah. PASTI ni xdak tempat khusus, cuma buat kelas kat natsah (surau kampung) atau kalau musim hujan, buat kat umah ustazah sebab atap natsah 2 bocor abih basah kapor tulis ngan lantai..Teringat plak kat citer Laskar Pelangi.. Kalau buat kat umah ustazah boleh sarapan free, air milo ngan cekodok pisang memang lazatlah.. Dalam kelas da lam 20 lebih pelajar ngan sorang ustazah. Ustazah yang sorang ni la ajar suma subjek macam lam Laskar Pelangi, Cikgu Muslimah la yang ajar suma subjek kat budak-budak yang 10 orang 2. Ada 2 orang budak yang aku xsuka lam kelas 2, sorang budak laki yang jahat suka kaco budak pompuan lagi sorang budak pompuan yang suka cubit orang x pasal-pasal..Memang angin..haha Sampai ke tua aku ingat 2 orang ni. Dendam kesumat..

PASTI tu aku xpasti wujud sejak bila tapi lepas aku dah graduate, PASTI kat natsah 2 dah xdak ganti wat kat tempat lain yakni dekat ngan sekolah rendah aku dan ustazah lain plak yang mengajar.
Waktu darjah satu aku ngaji kat SEKOLAH CHEPIR, 3 km dari umah aku paling dekat la.

Waktu sekolah rendah lagi banyak memori terutama yang nakal-nakal sebab aku adalah budak pompuan yang paling nakal.haha Darjah satu dok lam kelas yang paling belakang bila nek tahun ke tahun aku bleh nek ke kelas yang depan-depan. Darjah satu ngan darjah dua xbanyak benda yang aku ingat cuma aku ni gila sukan.. Suma acara aku masuk.. Hebat la konon padahal bukan semua aku menang. Disebabkan selalu masuk acara, banyaklah koleksi pingat yang aku dapat kalu xsilap dalam dekat 40 pingat jugak aku simpan dari sekolah rendah sampai abih tingkatan 5. Walaupun bertahun-tahun aku masuk bertanding, aku xpernah dapat title OLAHRAGAWATI cuma time tingkatan 5 ja aku dapat title PESERTA TERBAIK tapi still bukan olahragawati....huahua

Waktu darjah tiga, seingat aku ada guru kelas aku ni, cikgu lelaki yang sangat pelik. Sebelum masuk kelas kami kena beratur kat koridor pas2 akan masuk kelas berpasangan dengan memegang hujung buku latihan. Yang lelaki pegang hujung sana yang pompuan pegang hujung sini. Sampai sekarang aku tercari-cari apa motif dia sebenarnya... Kalau dalam kelas sapa bising kena berdiri atas meja, kalu bising juga kena sumbat kertas dalam mulut.. Tapi aku xpernah kena la sebab aku budak baik.kuang3
Banyak la benda pelik yang cikgu ni buat kat kami. Antaranya buat undian pelajar paling cantik la, kena lukis gamba budak laki yang kita minat la, undian sapa paling popular, aturkan dating kat taman, match making dan macam-macam ag. Dulu mungkin aku xkisah sebab aku xtaw apa-apa tapi bila ingat balik time tua2 macam la baru aku terpikir apa sebenarnya motif cikgu ni..konpius...

Aku paling suka cikgu math, iaitu sorang cikgu lelaki siam.. Nama dia Han something (aku xingat).. Disebabkan nama dia pangkalnya Han maka dia pon perasan la kata dia bersaudara dengan Hang Tuah.
Yang aku xpernah lupa adalah cite dia pasal kebijaksanaan Hang Tuah..
Ceritanya begini.....
Ada Maharaja China time zaman Hang Tuah yang orang atau rakyat jelata xpernah tengok muka dia sebab dia duduk di tempat yang tinggi dan rakyat hanya akan tunduk saja xboleh angkat kepala kalu x kena pancung. Xtahu la maharaja cantik sangat ataupon hodoh sangat. Jadi Hang Tuah berkobar-kobar la nak tahu apa sebab raja ni xbagi orang tengok muka dia. Bila Hang Tuah p menghadap maharaja dia pon dijamu dengan pelbagai hidangan. Hang Tuah pon buat la helah untuk tengok maharaja ni. Dia pon minx la kangkung (aku xpasti ada ka kangkung ka China) dengan pelayan tapi xleh potong biaq panjang macam tu kalu x leh nak makan kononnya. Jadi bila nak makan kangkung yang panjang Hang Tuah kena angkat kepala sebab cara makan kangkung macam tu. So orang xleh nak pancung dia. Sambil makan 2 dapat la dia usha maharaja China 2. Aku xpasti maharaja 2 cantik ka hodoh sebabnya aku dah xingat dah pas2 apa yang terjadi.
Kesimpulannya...
Jadilah orang yang bijaksana. Jangan jadi orang yang xcerdik nanti asyik kena tipu ja..

SuDaHkAh saMpAiKAh AjaL kiTa..

Lepas sembahyang zohor kat Masjid Salehuddin tadi, imam buat pengumuman untuk wat solat jenazah. Kami pon bersembahyang jenazah secara berjemaah.. Waktu sembahyang jenazah tu aku perasan yang orang arab waktu takbir yang kedua dan seterusnya sampai yang keempat depa xangkat tangan.. xpa la. Sampai la abih solat jenazah tetiba mak cik arab sebelah aku tego... Dia kata solat jenazah ni sekali ja takbirnya (macam 2 la terjemahan dia).. Pas2 mak cik arab lagi menyampuk.. Mungkin dia bela aku kot sebab lepas aku angguk2 aku terus g biar depa dua dok cakap sesama depa.

Rupa-rupanya baru aku tahu solat jenazah ni ada banyak versi mungkin ikut mazhab masing-masing. Yang 2 aku belom kaji..Lepas kelas tuisyen aku p ag masjid Salehuddin sebab aku dah jatuh cinta dengan masjid tu.. Habis sembahyang asar ada lagi solat jenazah..Aku solat macam besa aku solat.. Lepas abis xdak sapa yang tego sebab mak cik kat sebelah aku pon solat macam aku, angkat tangan setiap kali takbir.

Bali umah aku terus cari beberapa info tentang solat jenazah.. Yela bukan selalu solat jenazah, so ingat-ingat lupa.... Kat bawah ni ada gambaran sikit pasal solat jenazah...

1)Niat:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan/lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

2) Takbiratul Ihram (takbir pertama)
3) Membaca surah al-Fatihah
3) Takbir kedua
4) Membaca selawat ke atas Nabi

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

5) Takbir ketiga
6) Mendoakan ke atas mayat

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

7) Takbir keempat
8) Mendoakan ke atas mayat

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri




nota:1) Bila dicari, rupa-rupanya mazhab syafie saja yang angkat tangan time takbir..
         2) Aku ingin kembali ke sana menginsafi diri yang hina ini...

p/s: Cari dirimu di sini sebelum kau dihantar ke sana.. Mudahan husnul khatimah menyudah nafas kita semua...



Thursday, February 3, 2011

ImBaS kEmBaLi

3/2/2011

Dah 4 hari dah terperuk di ARMA. Dah berapa buah buku aku khatam.. khatam ke? Boleh la.
Aku cuma nak citer pasal beberapa hari yang berlalu sebelum aku sampai kat ARMA. Ake sebelum ni terperangkap kat rumah senior sepanjang bermulanya demonstrasi dan perintah berkurung. Seingat aku stat dari demo besar-besaran pada 28/01 aku tersangkut kat umah orang. Sian kat adik-adik aku yang duduk di rumah tanpa pengasuh. Aku bajet nak kuaq awal-awal pagi unutk balik umah tapi setiap x jadi keluar sebab macam-macam cerita yang aku dengar. Citer yang banduan terlepas dari penjara 2 membuatkan aku xleh nak balik umah. huhu..

Malam-malam kami buat hirasah (berjaga malam) untuk keselamatan tapi xberjaya sangat. Satu malam aku xterjaga, satu malam ag jaga tapi separuh sedar..haha Teruk betul.. Kami siap prepare pisau bawah katil ngan pakat semua tido satu bilik. Penyapu pon letak kat lam bilik untuk katok pala penjenayah. Memang seram la tambah la bunyi yang macam-macam pada waktu malam. Kalu jiran-jiran arab diaorang tubuhkan ahli jawatankuasa untuk menjaga keamanan kawasan depa. Orang laki arab akan jaga depan imarah dengan kayu, besi, botol kaca dan sebagainya sebagai senjata. Ada hari 2 talian tepon suma kena potong. Memang nayalah. Rasa macam duduk lam gua. Xleh nak contact sapa-sapa selama lebih kurang 2 hari. Seksa hidup. Tapi pengalaman 2 xleh nak lupa.. Kadang-kadang rasa macam duduk time zaman jepun plak, zaman nenek moyang dulu. Siap simpan barang kemas lam beras ag macam orang zaman dulu. Ni idea kak Nas la.

Ada satu hari 2 time tengah solat zohor tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi bising atas bumbung umah.. Rupa-rupanya pesawat tentera tengah meronda kat atas. Macam suasana perang plak. Kalu helikopter memang selalu meronda kat udara.  Tapi kali ni pesawat yang nak g perang 2 plak yang dok meronda.
28/01 ada demo besar-besaran, kami just mengusha dari jauh. Boleh la nampak orang arab sat mara sat undur balik dok lawan ngan polis tapi xnampak jelas sangat sebab umah senior bukan tepi jalan besar. Sesekali dengar bom pemedih mata dilepaskan.
Macam ni la rupa pesawat 2


Setelah beberapa hari aku berjaya pulang ke rumah jugak jenguk adik-adik sebelum kena berpindah ke ARMA. Sian tengok adik-adik aku yang kurang kasih sayang..haha. On the way ke ARMA 2 memang macam-macam la yang boleh disaksikan sepanjang perjalanan. Kalu kat Sayyida Zenab 2 kami bleh nampak balai polis hangus terbakar gara-gara demonstrasi.. Sekali ngan 2 3 bijik keta tepi balai polis 2 hangus. Sampai satu jalan 2 ada beberapa bijik kereta kebal kat tepi jalan. Rasa macam kat Palestin la plak.  Orang Palestin lagi teruk pada ni, jadi bersyukurlah. Bestkan kalu boleh berjihad macam orang Palestin. Lama juga masa yang diambil nak sampai ARMA sebab banyak jalan kena tutup.

Hari ni 3/2/2011 trip pertama untuk evakuasi telah berlepas ke Jeddah walaupon sepatutnya balik ke Malaysia terus. Katanya ada salah paham yang berlaku. Xpa la janji keluar dari Mesir. Ntah bila plak trip yang seterusnya pon xpasti ag. Kami masih menunggu di sini. Demonstrasi plak dah merebak ke kawasan Mounira dan Sayyida Zenab. Ada pelajar yang tersangkut kat sana waktu balik ke umah untuk ambik beberapa barang penting tapi Alhamdulillah semuanya selamat, sekadar digertak oleh orang arab saja.

Wednesday, February 2, 2011

UsAh RisaU KaMi SeLamAt Di SiNi

02/02/2011

Kami masih berkurung di ARMA.. Rasa macam duduk kat asrama la plak. Solat jemaah, riadah cuma xdak prep ja. Keadaan di Mesir semakin gawat. Ni gara-gara Hosni Mubarak yang masih berkeras xnak letak jawatan ag. Kawasan sekitar ARMA lengang mungkin penduduk sekitar kawasan ni berkampung kat Tahrir kot.
Berita perpindahan warga Malaysia ke Jeddah sedikit sebanyak melegakan kami yang masih berkurung di sini. Esok akan bermula proses perpindahan ke Jeddah. Semua warga Malaysia diarahkan untuk berpindah ke kawasan-kawasan yang diwartakan selamat seperti ARMA dan rumah-rumah negeri.
Malam ni semua orang sibuk dok packing barang untuk berpindah.
Bila ditanya apa perasaan aku.. Huhuhu xtahu aku nak menjawab persoalan hati ini. Yang pasti aku bahagia di sini. Xdak apa yang perlu dirisaukan.. Semuanya akan berakhir tidak lama lagi. InsyaALLAH.
Arini tenet dah sambung semula. Nasib baik xtertinggal broadband kat umah. Bolah juga update keadaan semasa. Alhamdulillah. Paling seksa bila line tepon kena potong beberapa hari yang lalu. Rasa macam duduk zaman Jepun plak. Terperuk kat umah separuh tido.haha
Ramai orang berbelah bahagi nak balik Malaysia ke x nanti bila dah sampai Jeddah. Lagipon universiti stat kelas macam biasa. Bagus la. Aku nak balik raya kat Malaysia tahun ni.. Aku pon x pk ag..Semuanya bergantung kepada keadaan semasa..
Demonstrasi masih berlangsung seperti biasa.. Tunggu sampai ari jumaat ni macam mana keadaan semasa sebab dengar katanya Hosni Mubarak diberi tempoh sampai ari Jumaat ni.. Sama-sama doakan yang terbaik untuk Mesir juga untuk umat Islam..
Esok penerbangan pertama akan bermula lebih kurang pukul 10 pg. Penerbangan first ini untuk golongan istimewa iaitu wanita hamil, wanita yang mempunyai anak kecil, orang sakit dan kes-kes terpencil. Yang pasti aku x termasuk dalam golongan ni. Utamakan yang lebih memerlukan.. Lagipon aku belum ada hati nak pindah esok..
Perjalanan yang jauh akan bermula esok. Selamat berangkat ya!
ARMA malam ni masih riuh dengan suara siswi yang bersemangat packing barang untuk berpindah. Masing-masing sibuk mengemas dan menimbang barang takut-takut terlebih 7 kg.haha
Banyak benda yang aku belajar dari peristiwa ini sekalipun agak kecewa kerana cuti winter kali ini terpesong sama sekali. Bukan senang nak merasa event macam ni. Belajar untuk menghargai segala ujian yang Allah kurniakan.. Alhamdulillah.. Itu tanda ALLAH sayang akan hamba-hambaNYA.