Wednesday, November 10, 2010

Demi masa. 
Sungguh manusia berada dalam kerugian.
 Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta 
saling menasihati untuk kebenaran
 dan saling menasihati untuk kesabaran.
-Surah Al-Asr-

Pepatah menyatakan masa itu emas.. Mungkin ada  benar kerana emas itu berharga seperti masa, emas boleh digadai seperti masa juga boleh digadai sama ada digadai ke arah kebaikan atau sia-sia maka akan untung atau rugi seseorang itu. Tapi masa tidak boleh ditebus seperti emas yang digadai. Gadai masa tebusannya hanya di akhirat kelak.

Masa lebih tepat lagi adalah nyawa dan kehidupan. Hilang nyawa dan kehidupan maka tiadalah yang menggantinya. Begitu juga masa perginya  tidak boleh diseru pulang. Pergi tak kembali. Nyawa dan kehidupan adalah pemberian dan nikmat ALLAH. Masa juga adalah pemberian dan nikmat ALLAH. Kelak ALLAH akan menyoal di mana nyawa dan kehidupan dihabiskan begitu juga masa.

Hadis diceritakan oleh Imam Ibn Hibban dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih berbunyi:

Ditanyakan oleh Abu Zar kepada Rasulullah tentang kandungan suhuf  Nabi Ibrahim. Maka Rasulullah menjelaskan beberapa kandungan suhuf Nabi Ibrahim antaranya:

1) orang yang berakal waras, hendaklah dia membahagikan masanya kepada
-sesaat untuk munajat kepada Tuhannya
-sesaat untuk muhasabah diri
-sesaat untuk bertafakur tentang penciptaan ALLAH
-sesaat untuk mencari keperluan makan minumnya

2) tumpuan 3 perkara oleh orang yang berakal 
-bekalan untuk akhirat
-bekalan untuk kehidupan dunia
-bersuka-suka dalam perkara yang tidak diharamkan

3) orang berakal hendaklah
-peka dengan suasana sekeliling
-berhati-hati dalam tindakan
-menjaga lidahnya

4) orang yang utamakan amalan tak akan berkata-kata melainkan dalam perkara yang perlu






Tips menjadi pengurus masa berjaya

1) Laburkan masa anda sebentar untuk merancang
-jangan main terus bantai kelak anda akan menyesal
-cuba bayangkan kalau mahu ke satu tempat dengan segera, anda mesti tahu tempat kat mana kan,mesti tahu pelan ke tempat tersebut kan. Kalau anda tidak tahu pasti anda akan sesat dan mengambil masa yanh lama untuk sampai ke tempat tersebut.
-begitu juga masa, rancanglah terlebih dahulu untuk apa, ke mana masa anda akan dihabiskan. Kalau tidak anda akan menyesal dan berasakab 24 jam sehari sangat tidak mencukupi

2) Tentukan matlamat
-Hidup perlu ada matlamat kan
-Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut mengikut arus, terumbang-ambing dipukul ombak laut, destinasi hanya sekadar angan-angan kosong
-Hidup bermatlamat menjadikan seseorang lebih jelas dengan kehidupannya. Untuk apa dia hidup sehari-harian, apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamatnya itu dan sebagainya, semuanya jelas tanpa ragu-ragu lagi.

3) Tentukan keutamaan
-Ilmu pengetahuan membezakan antara utama dan kurang utama , antara amalan yang diterima agama dan yang salah di sisi agama, tindakan yang berlandaskan kaedah sunnah Nabi dan bid'ah

4) Tuliskan senarai perkara yang perlu dibuat
-supaya tidak membuang masa dengan tak tahu nak buat apa. Maka bodohlah orang yang mensia-siakan setiap saat dalam hidupnya tanpa melakukan apa-apa.

5) Bersikap fleksibel
-Bersikap fleksibel bermaksud bersedia dan kreatif dalam mengatur perjalanan masa dalam hidupnya
-Contohnya seorang mahasiswa merancang untuk belajar selama 4 jam dalam masa sehari  itu tetapi disebabkan berlaku kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan dia terpaksa mengorbankan masa belajarnya itu. Dia perlu memikirkan bagaimana mahu mengganti semula masa study yang terpaksa dikorban, mungkin dia perlu mengurang masa yang dihabiskan pada perkara-perkara yang kurang penting seperti berchatting dan sebagainya. Jadi pengajarannya, kita mesti bijak menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku secara mengejut. Be creative pasti hidup kita lebih bermakna.

6) Tentukan masa produktif anda
-setiap orang pasti arif dengan diri sendiri, pasti tahu masa mana dalam sehari yang sangat produktif maka lakukan perkara  utama pada masa produktif tersebut. Pasti hasilnya lebih memuaskan.

7) Lakukan perkara yang betul dan tidak sia-sia
-Imam Al-Tarmizi dan Ibn Majah menceritakan kata-kata Nabi yang bermaksud:
"Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya."

8) Ketepikan tugas secara bijak
-agih tugas anda kepada orang lain
-jangan bebankan diri anda semua benda kelak anda akan merasa terbeban

9) Jangan jadi sempurna 
-Usah takut hadapi kegagalan
-Ketahuilah di sebalik kegagalan itu ada kemanisan

10)Hapuskan kerja-kerja mendesak
-apa itu kerja-kerja mendesak? Kerja mendesak adalah hasil dari sikap bertangguh yang akhirnya memerlukan kepada penyelesaian dalam masa yang singkat. Malah hasil kerja-kerja mendesak hanya bertahan dalam jangka masa yang singkat
-Jadi untuk hapuskan kerja-kerja mendesak jangan bertangguh

11) Jangan bertangguh
-Anda semestinya sudah arif bertangguh banyak mudaratnya
-cuba bayang jika seorang lelaki diamanahkan untuk memikul 10 kg beras setiap menangguh kerjanya sehingga 10 hari. Sehingga hari yang ke 10 majikan menggesanya supaya menyudahkan kerja sebelum matahari terbenam pada hari ke 10. Tidakkah itu memberi beban yang amat sangat kepadanya??
-Fikir-fikirkanlah
Kejar masa itu...


12) Belajar untuk berkata TIDAK
-katakanlah TIDAK pada perkara yang sia-sia
-katakanlah TIDAK pada ajakan yang tidak bermanfaat
-Jadi lebih tegas dengan keadaan sekeliling anda


"Awasilah setiap detik hidupmu. Jangan kamu lupakan ALLAH walaupun seketika kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat bahaya. Sesungguhnya semua manusia berada dalam KEBINASAAN kecuali mereka yang BERILMU. Orang-orang yang BERILMU berada dalam KEBINASAAN kecuali mereka yang BERAMAL. Mereka yang BERAMAL berada dalam KEBINASAAN  kecuali golongan yang IKHLAS. Golongan yang IKHLAS masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi ALLAH.
SEMUA INI AKAN MEMBEBANKAN KAMU KECUALI JIKA KAMU MENGAMBIL DARIPADA DUNIA SEKADAR KEPERLUANNYA SAHAJA."
(Imam Al-Ghazali: Ihya Ulumuddin)