Saturday, July 31, 2010

Macam -macam

Semalam untuk kali ketiga aku menampakkan diri di City Stars.. Selama 2 tahun aku kat Mesir ini adalah kali ketiga (kalau tak silap) aku mengunjungi City Stars, pusat membeli belah yang terkenal di Mesir..
Tujuan aku  ke sana hanya satu iaitu membeli kamera Canon. Coretan ini bukan untuk menceritakan perihal kamera Canon yang kubeli sampai pokai duit aku tapi nak menceritakan tentang karenah manusia yang macam-macam..


Di City Stars aku dan 2 lagi sahabatku singgah di beberapa kedai untuk membeli kamera dan laptop. Kami ada singgah di sebuah kedai yang menjual kamera, laptop dan banyak lagi barang-barang elektrik yang bernama Compu Me. Memandangkan di kedai tersebut terdapat pelbagai pilihan barang yang aku mahu beli jadi setelah hampir setengah jam meronda-ronda dalam kedai akhirnya kamera dikehendaki dibeli jua.. Tapi  sebelum itu ada peristiwa yang menyebabkan aku sedikit bengang dengan pak cik salesman yang seorang ini.

Kisahnya......
Di ruangan yang mempamerkan kamera tidak ada  seorang pun jurujual yang menjaga bahagian tersebut, kami  dengan slumbernya memanggil jurujual yang berkeliaran di dalam kedai tersebut. Maka datanglah seorang pak cik salesman yang kukira agak hensem kerana mukanya persis pelakon Amerika Latin (aku tengok iklan ja) dan berlakulah perbualan antara kami..
AKU: Can you speak English?
PCS: Yes..
AKU: What are differences between this and this?(sambil menunjukkan jari kepada 2 jenis kamera Canon)
PCS: Wait...

Selepas itu, pak cik salesman itu pun berlalu meninggalkan kami terpingga-pingga di situ.
AKU: Dia p cari maklumat pasal kamera kot
KN1: Ye la 2.
Tunggu punya tunggu hampir setengah jam pak cik salesman 1 tidak muncul-muncul. Rasa sudah kematu kaki aku menunggu pak cik salesmen . Tiba-tiba aku melihat pak cik salesman  berlegar-legar di dalam kedai tersebut dengan muka slumbernya tanpa mengendahkan kami di ruangan kamera.

Kisah seterusnya...
Sedang aku berlegar-legar di dalam Spinneys membeli barang tiba-tiba telefonku berbunyi..
TLF: Hallo i'm s....... from Compu Me..
AKU: ooooo ok.. Can I help you?
TLF: I think your friend had lost the money..
AKU: How much?
TLF: I can't tell you. Please ask your friend and please come back to our shop as soon as posibble. ok?
AKU: InsyaALLAH..

Ada lagi...
Sewaktu pulang ketika menunggu kenderaan. Sebuah bas berhenti di depan kami. Lantas aku menyoal pak cik bas tersebut.
AKU: Lau samah ya 'am, Abbasiah?
PCB: La'..
Ada seorang pak cik yang turun dari bas berkenaan menunjukkan kami bas untuk ke Abbasiah.. Terima kasih pak cik...

Dalam kehidupan seharian kita selalu dihidangkan dengan pelbagai karenah manusia. Ada yang menyenangkan ada juga yang memualkan..Kunci untuk kita menghadapi karenah manusia yang pelbagai ini hanyalah satu iaitu sabar...
Kita jangan menilai sesorang itu terlalu tinggi tanpa ada kelemahan kerana kelak kita akan kecewa jika orang melakukan kesalahan yang tidak disangka-sangka.Dan jangan kita bongkak sampai  menganggap semua orang itu lebih rendah daripada kita..
Sesungguhnya semua manusia sama di sisi ALLAH kecuali orang-orang yang bertaqwa...


Aku membayangkan bagaimana agaknya bila sudah bergelar doktor nanti. InsyaALLAH..Setiap hari berdepan dengan karenah manusia yang berbeza-beza.Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua yang bakal bergelar doktor atau sudah bergelar doktor untuk menghadapinya..

p/s: maaf kisah yang kat atas 2 hanya kisah biasa-biasa sahaja.








Thursday, July 22, 2010

Ayah dan Kencing Manisnya

Kencing manis adalah penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakkan orang tak terkecuali juga ayah yang kucintai..Ayah menghidapi penyakit kencing manis tahap kronik sampai doktor menyarankan agar ayah mengambil suntikan insulin.. Tapi ayahku takut dengan jarum.. Jadi untuk mengelak disuntik ayah tidak lagi berjumpa dengan doktor selepas disarankan suntikan insulin oleh doktor.. Ayah, ayah... Aku pun tak mampu untuk menasihati ayah. Sudah acapkali aku berleter kepada ayah supaya berjumpa dengan doktor tapi jawapan yang sama aku terima dari ayah," Ayah rasa ayah sihat ja. Boleh buat kerja kuat lagi ni.."..

Teringat aku peristiwa tiga tahun lalu...
Hari itu ayah menebang pokok di atas bukit di belakang rumah kami yang terletak berhampiran dengan hutan pokok getah.. Malang tidak berbau pokok yang ayah tebang itu jatuh menimpa betis ayah.. Sakitnya usah dikata..Ayah pulang ke rumah tanpa dapat menghabiskan kerjanya gara-gara sakit yang amat sangat..
Di rumah mak membalut kaki ayah dengan daun apa entah (rawatan tradisional).. Selama beberapa hari kaki ayah bertambah teruk dan sehinggakan ayah tidak dapat berjalan. Melihat keadaan ayah yang teruk itu bapa saudaraku menghantar ayah ke hospital.. Di hospital doktor terkejut melihat keadaan kaki ayah yang sudah teruk dengan lebam sepanjang betis ayah.

Ayah terpaksa ditahan di hospital selama beberapa hari memandangkan betis ayah memburuk dan kerja-kerja mencuci perlu dilakukan segera untuk mengelak dari merebak.. Sedih melihat keadaan ayah. Pertama kali aku lihat ayah menangis kerana tak tahan sakit ketika doktor mencuci betisnya yang brlubang itu tanpa sebarang bius.
Aku mengambil alih menjaga ayah selama sehari di wad Hospital Sik. Nasib baik ayah ada ramai anak. Kami bergilir-gilir dengan mak menjaga ayah.. Tidur di wad bukanlah sesedap tidur di rumah memandang wad Hospital Sik bukan secanggih hospital lain.Aku hanya tidur di atas lantai beralaskan kain selimut dengan ditemani nyamuk-nyamuk yang sentiasa menagih darah manusia. Tapi bukan aku kisah semua itu kerana aku sudah biasa dengan semua itu..

Alhamdulillah kaki ayah sempat diselamatkan kerana ia belum merebak ke 'tendon calcaneus'.. Tak dapat kugambarkan kegembiraan melihat ayah dapat berjalan seperti biasa.. Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan kaki ayah yang aku cintai..

Setahun yang lalu..
Ayah yang kuat bekerja terpijak kayu di dalam bendang.. Tapak kakinya membengkak dengan teruk walaupun hanya kecil sahaja luka tertusuk kayu tajam.Beberapa hari juga ayah tak dapat berjalan.. Sudah puas aku menyuruh ayah ke hospital kerana bimbang keadaan ayah akan bertambah teruk memandangkan sudah beberapa hari ayah masih belum sembuh. Tapi ayah masih dengan sikap keras kepalanya... Alhamdulillah akhirnya ayah sembuh setelah hanya menggunakan rawatan tradisional.. Aku pun tak pasti apa yang ayah letak kat tapak kakinya..

Hari ini..
Aku menghubungi ayah untuk memaklumkan keputusan peperiksaanku yang baru kuterima semalam.. Aku bercakap lama dengan ayah. Ayah bercerita macam-macam kepadaku. Aku lebih suka menjadi penyoal dan pendengar yang setia.. Ayah gembira bercerita tentang padi di bendangnya yang bakal dituai tidak lama lagi dan tentang majlis perasmian oleh pengarah projek sebelum kerja-kerja menuai dilakukan memandangkan bendang-bendang yang diusahakan oleh ayah diselia oleh persatuan PELADANG. Apabila aku menyoal tentang penyakit kencing manis, ayah pantas menjawab," Ayah sihat ja nie. Boleh buat kerja kuat.. Tengok ayah pikul baja 500 kilo sehari....". Ayah, ayah...perangai ayah masih macam dulu walaupun sudah setahun aku tidak bertemu dengan ayah, hanya mendengar suara melalui telefon. Ayah masih degil tidak mahu bertemu dengan doktor dan hanya bergantung dengan ubat yang dibeli dari farmasi..Puas sudah aku menasihatinya supaya bertemu dengan doktor.

Hari ini ayah menceritakan yang dia melantak dengan bahagianya beberapa bijik buah durian 2 3 hari yang lalu melepaskan gian di kenduri pulut durian(pada musim buah-buahan sahaja) jiran sebelah rumah memandangkan hanya setahun sekali sahaja bertemu buah durian. Malangnya selepas pulang ke rumah pada malam itu ayah mengalami pening-pening yang sangat teruk sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak.. Kata ayah, " Ayah hanya ingat mati sahaja, sebelum nak tido tu ayah mengucap banyak-banyak"..Ayah, ayah...dah tahu ada kencing manis tapi makan tak pantang langsung.. Perkara yang sama aku bebelkan ketika bercakap dengan ayah," Ayah kena jaga makan.. Makan tu kena pantang, tak boleh makan ikut suka saja."

Ayuh sesiapa yang dikhuatiri menghidap kencing manis atau berkemungkinan menghidap kencing manis mari kita menjaga pemakanan kita. Dari pemakananlah segala penyakit boleh menjelma.. Jangan degil macam ayah aku...Tapi yang pasti aku takkan putus asa membebel ayah sebab aku sayang ayah..
Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kencing manis seperti aku mari kita berjaga-jaga. MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI..



Satu Keputusan

Ini adalah coretanku yang pertama.....

21/07/2010

Hari ini hari yang sungguh mendebarkan...
Pagi-pagi lagi aku sudah menghadap laptop menunggu keputusan peperiksaan dari jam 6.00 pagi sampai 9.00 pagi tapi keputusan masih belum diumumkan. Penat rasanya dan akhirnya aku mengalah..Biarlah.. Apa pun keputusan semuanya sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.. Dan aku yakin dengan Allah.
Pagi ini aku tidak sempat melihat keputusan peperiksaan kerana terpaksa keluar rumah awal-awal lagi.. Dua tiga hari kebelakangan ini aku rasa macam pekerja pejabat lagaknya.. Mana taknya hari-hari keluar pagi balik sebelum maghrib.Agaknya begini kot rasa apabila sudah bekerja nanti.. Entah-entah lagi teruk. Ahhh tidak!!!

Akhirnya dapat jua aku melihat keputusan peperiksaan. Itupun setelah aku meminjam laptop kak Fasihah di Rumah Kedah Baru. Tanpa segan silu aku menggunakan laptop tersebut walaupun aku baru sahaja kenal kak Fasihah.....Alhamdulillah..Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Hanya ucapan ini yang mampu aku ucapan setelah melihat keputusan yang terpampang di laman web rasmi Universiti Kaherah.. Janji Allah itu pasti.. Terima kasih ya ALLAH..

Buat sahabat-sahabatku yang berjaya Mabruk ya! Dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa kita masih ada peluang lagi.. Jangan sesekali sia-siakan peluang yang ada. Redhalah dengan ketetapan Allah dan aku tahu bukan mudah untuk menerima hakikat itu.. Aku juga rasanya tidak mampu untuk menghadapi kerana sesungguhnya aku insan yang lemah.. Tabahkanlah hati wahai sahabat!! Sesungguhnya kau adalah pilihan Allah dan yakinlah dengan Allah... Pasti ada hikmah disebalik semua itu..Aku sentiasa menyokong kalian dan aku mahu kita sama-sama melangkah ke tahun 3 pada semester akan datang.. Chaiyok3!!!!

Berita tentang keputusan peperiksaan ini kukhabarkan kepada keluarga di kampung.. Respon yang sama aku terima dari ayah. Apa pun keputusan peperiksaan aku, ayah pasti berkata, "Banyak tu ja, kenapa tak lebih lagi?Pulun banyak lagi. Ayah sentiasa doa untuk kejayaan mek". Kata-kata ayah inilah menjadi pemangkin kepadaku..Terima kasih ayah.. Mak pula lain dari ayah. Mak lebih bersyukur pada ayah..hehehe Terima kasih juga pada mak yang sentiasa membaca yassin setiap kali aku menghadapi peperiksaan..Sayang mak ngan ayah!!! Muah3


Coretan pertama ini adalah dedikasi aku untuk orang-orang  yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun yang menyesakkan kepala..hahaha.. Terima kasih pada mak ngan ayah yang amat kusayangi dan kucintai sepenuh jiwa.Terima kasih kerana sentiasa mendoakan aku yang berada jauh di seberang benua dan terima kasih juga kerana menyayangi aku..Terima kasih kepada doktor-doktor Universiti Kaherah yang mengajar aku.. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku.. Banyak jasa kalian yang tak terbalas.. Semoga kita sama-sama melangkah ke tahun 3 pada semester akan datang. Terima kasih kepada seseiapa yang sentiasa membantuku dalam apa jua keadaan. Terima kasih keran memudahkan perjalanan hidupku..Terima kasih kepada semua...


Dengan keputusan ini aku belajar erti USAHA, DOA, TAWAKKAL dan KETENTUAN ALLAH.. Ayuh kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar-besarnya...Ayuh belajar redha dengan ketentuan ALLAH walaupun ianya pahit bak hempedu..

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL..