Tuesday, December 21, 2010

NiKMaT ALLaH iTu......

Pagi tadi kelam kabut  ke kelas maklumlah kelas stat pukol 8 tapi pukol 8 jugaklah baru nak turun tangga  umah.. Macam ni la pagi seorang pelajar medik (aku je kot) kadang-kadang paling awal kadang-kadang paling lambat. Tapi yang pasti selalu paling lambat la.. Terkejar-kejar ke kelas sampai pegang buku konon-kononnya nak baca sambil jalan (exam parasite hari ni 2.5 markah=90 muka surat)... Tapi kalu dah berjalan macam xberjalan maknanya buku tu sekadar hiasan di tangan..

Sampai kat titi nak lintas sungai Nil tu terserempak ngan budak Malaysia. Selalu aku jarang jumpa budak Malaysia, ye la duduk ngan junior mana ada teman nak g sekali (berdikari la sikit). Oh rupanya budak Malaysia tu junior. Aku sekadar senyum then terus jalan macam xjalan. Tetiba aku berhenti.. Leh??

Aku xsedap hati sebenarnya.. Pusing belakang tengok junior tu semula untuk kali kedua.. Dia junior aku yang sakit tu.. Patut dia jalan slow ja . Aku sekadar dapat teman dia berjalan dan bantu apa yang patut. Terucap rasa syukur dalam hati bukan kerana dia sakit tapi kerana aku masih sihat. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi nikmat sihat pada hamba-hambaMU tapi sikit benar yang bersyukur.

Balik kelas awal hari ni (exam x jadi sebab ALLAH bagi masa untuk baca lagi), terserempak ngan junior-junior tahun 1.. Depa suruh aku ajar physio pasal heart (segala yang berkaitan dengan graf). Pening gak pala otak nak fikir dan ingat balik yang tahun satu punya.. Aku hanya dapat membantu sekadar yang mampu.. Kalu terlebih kang jadi ajaran sesat plak.. Syukur ALLAH masih memberi nikmat kepada hamba-hambaMU untuk menyampaikan ilmu sama ada sikit atau banyak kepada orang lain..

Lalu lagi jambatan untuk kelik umah, tertarik dengan kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun didukung oleh maknya. Subhanallah, comelnya dia.. Pandangan kali kedua hatiku sebak... Bersyukur pada ALLAH kerana masih mengurniakan nikmat penglihatan kepada hamba-hambaMU tapi sikit saja yang bersyukur..Kanak-kanak itu BUTA.. Matanya kedua-dua x ada...

Jalan lagi, hati bertambah sebak bila lihat lagi seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 4 tahun juga BUTA dikendong oleh ayahnya.. Ya ALLAH ampunilah hamba-hambaMU yang jarang bersyukur dengan segala nikmat yang ENGKAU kurniakan..
Datang semula ke universiti untuk urusan junior serumah yang masih  x selesai masalah dokumennya di universiti.. Bersyukur kerana ALLAH tidak meletakkan aku di tempatnya. Dia tabah menghadapi masalah-masalah pengajian yang xselesai. Moga dia terus tabah dan aku hanya dapat memberi setakat yang mampu..

Tunggu punya tunggu Ustaz Sulaiman tapi x datang2.. Syukur ALLAH masih mengurniakan aku kesabaran untuk menunggu sampai tersengguk-sengguk atas kerusi kayu. Akhirnya Ustaz Sulaiman x jadi datang ke universiti tapi kena g kedutaan esok..

Malam ada meeting muhasabah sc gabungan.. Syukur kerana aku ada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus menjayakan sc gabungan PERUBATAN.. Terima kasih ya semua..
Bila muhasabah diri balik, banyaknya nikmat ALLAH yang kita jarang@x syukuri..

Nikmat ALLAH tu bukan sekadar berbentuk kesenangan tapi kesusahan dan kepayahan itu juga nikmat ALLAH.. Mungkin kita xnampak malah mempertikai nikmat apa kebendenya kalu dah susah dan payah? Kita mungkin terlupa ALLAH kurniakan kesusahan dan kepayahan untuk ALLAH bagi kita nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman. Kesusahan dan kepayahan mendidik jiwa dekat padaNYA, ingat padaNYA, mengadu padaNYA dan bergantung padaNYA maka dengan itu nikmat iman itu dapat dirasai.

Mak dan ayah juga nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita tapi selalu kita lupa..Sahabat-sahabat, mak dan ayah itu nikmat untuk kita.. Allah kurniakan mereka kepada kita, dengan kita berbuat baik kepada mereka maka ganjaran ALLAH itu pasti untuk orang-orang yang yakin. Sayangi mak ayah dan jangan sesekali membantah cakap mereka. Cuma letak kita di posisi orang yang tidak ada mak ayah, apa kita akan rasa? Pasti kita akan rasa nikmatnya beribu bapa.. Tepon-tepon la mak ayah selalu, ringankan tangan untuk mendial, ringankan mulut untuk bercakap...

Sahabat-sahabat, banyaknya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita tapi berapa banyak kesyukuran kita padaNYA?? Muhasabahlah diri kita yang kerdil ini..
Untuk menunjukkan rasa syukur anda 
MARI PERGI MENGUNDI JUMAAT INI di ARMA dari 7.30 PAGI SEHINGGA 4.00 PETANG..
PERUBATAN itu juga nikmat ALLAH bukan?
Buatlah pilihan yang terbaik dengan menggunakan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita..

Ateh borrow pantun ya...

Mari-mari pergi mengundi,
Undi ikut pilihan hati,
Bukan calon suami/isteri,
Tapi calon AJKT sejati..



Sunday, December 19, 2010

MoGa DiA YaNg tErBaiK

Kehangatan pilihan raya PERUBATAN mungkin x semua ahli PERUBATAN merasainya... Mungkin sebab ada ag yang masih dok simpan saratoga lam almari so xterasa la hangatnya..huhuhu.. So nak merasa hangatnya itu marilah sama-sama kita bawak keluar saratoga yang tersimpan rapi kat lam almari 2 untuk menghangatkan keadaan....

Jeles gak tengok orang len dok promote calon pilihan masing2... Aku pon nak promote calon pilihan aku gak.. Tengok la kat bawah ni sapa.. Walaupun ada orang mempertikaikan kenapa la aku promote u lain padahal aku u kaherah... Aku xkan suka2 pilih depa ni melainkan aku taw dan kenai sapa depa ni..huhu..Bukannya aku xmau undi calon u kaherah, aku akan undi tapi aku promote calon u lain sebab aku xmau PERUBATAN ni dilabelkan sebagai hak ahli universiti Kaherah sahaja. PERUBATAN for all!!! ISLAM for all!!!





Aku kenal Nihal time kat umah Perak.. Walaupun aku bukan orang Perak tapi aku selalu menempel kat umah Perak time summer aritu.. Awalnya aku ingat Nihal ni ustazah rupanya budak medic dan junior Azhar. Kat umah Perak tu aku dah nampak kewibawaan Nihal dalam menguruskan sesuatu perkara sebab kalu x silap aku time 2 dia ketua kontijen akhawat untuk program BKAN. Kalu tengok dia cakap pon smooth je x macam aku yang kelam kabut ni.huhu Idea kat lam kepala banyak.. Sememang dia adalah pilihan yang terbaiklah.. Cayalah cakap aku..

Aku juga pernah kerja ngan Nihal time PSMB 2010. Aku sebagai  Timbalan Eksekutif Disiplin dan Protokol sebenarnya pening kepala nak cari pengerusi majlis.. Ye la xkan nak men tembak2 ja untuk majlis yang besar macam PSMB. Nihal ditaklifkan sebagai pengerusi majlis untuk majlis penutup PSMB 2010 pada saat akhir kerana sepatutnya orang len yang jadi. Alhamdulillah memang xsia2 la Nihal jadi pengerusi majlis kerana dia dapat melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.Yang salah2 2 adalah sebab aku yang xreti dengan protokol dan kelam kabut sampai kena marah..MTK baru-baru ni pon Nihal jadi pengerusi majlis lagi.. Memang glamor la dia. Nihal juga bertanggungjawab sebagai fasilitator untuk PSMB 2010..

 Banyak lagi sumbangan Nihal yang x tercatat dek tangan aku yang telah beku ini.. Walaupun aku xrapat sangat pon dengan Nihal tapi sepanjang aku bekerja dengannya aku dapat merasai tempias kewibawaannya yang aku yakin dia mampu untuk naik sebagai salah seorang AJKT PERUBATAN.. Pesanan aku untuk anda semua UNDILAH NIHAL...

NAMA PENUH: Nihal Binti Mohd Tarmizi
ASAL: Kedah tapi menetap di Slim River Perak
PENDIDIKAN:
1) SK Aminuddin Baki Slim River
2) SBPI GOPENG
3) Matrik Changlun Kedah
3) Universiti Azhar

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH:
1) Pelajar Cemerlang Tingkatan 1 & 2
2) Pemantun Terbaik KEKAL'10

JAWATAN yang pernah disandang:
1) Pembimbing Rakan Sebaya
2) Pengawas Sekolah
3) Timbalan Presiden BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) sekolah
4) Timbalan YDP Matrikulasi KEDAH

MOTTO:
ALLAHU AKHBAR! AKU ADALAH KHALIFAH ALLAH, DIA ADALAH PEMILIKKU.








Aku memilih Hajar bukan kerana namanya yang sama ngan kak aku tapi keupayaannya untuk membawa PERUBATAN pada masa hadapan. Aku memilih Hajar bukan sebab dia comel tapi kerana aku yakin dengan kebolehan dan kewibawaannya. Aku x banyak sangat pengalaman bekerja dengan Hajar cuma aku adalah ahli keluarga MC jadi Hajar yang bertanggungjawab sebagai timbalan mentor adalah di bawah kami.. Bukan senang nak memilih mentor dan timbalan mentor.. Kalu xcaya tanya kak nas. Nak jadi mentor kena selidik macam-macam.. Ye la xkan kita nak men tarik2 ja kan.. Nak membawa PERUBATAN pon xkan kita nak men tunjuk2 ja.. Kesimpulannya Hajar memang orang terpilih so xkan la anda xnak pilih dia.. Kerja2 untuk PERUBATAN pon banyak dia wat. UNDILAH HAJAR!!!

NAMA PENUH: Siti Hajar Binti Ahmad Azhar
ASAL: Shah Alam, Selangor
PENDIDIKAN:
1) Sekolah Kebangsaan HICOM
2) Sekolah Agama Rakyat Taman Bukit Saga
3) Sekolah Agama Menengah Bestari

PENGALAMAN/JAWATAN:
1) Eksekutif persiapan dewan dan teknikal MTK 1
2) Fasilitator LIFE
3) Timbalan Mentor SC PERUBATAN
4) Penolong ketua batch tahun 2 G2G Ainshams
5) Fasilitator Hari Tautan Ukhuwah USMB BKAWM
6) Timbalan Unit Pendaftaran dan Disiplin Kursus Penulisan , Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM
7) AJK Disiplin Hari Mahabbah Islamiah USMB BKASM
8) AJK Sambutan dan Persiapan USMB BKASM
9) Ahli Kelab Daie Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM
10) Pengawas Biro Disiplin SAMBEST 2006/2007
11) Pengawas Biro Kebajikan dan Kesihatan 2007/2008

KELEBIHAN:
1) ceria dan mudah tersenyum
2) mudah mesra
3) pendengar yang baik
4) pemerhati yang baik
5) berani kehadapan
6) berani bersuara
7) sedia ditarbiyah dan menerima tarbiyah
8) sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
9) mengakui kesalahan
10) pandai masak (calon isteri hehe)

NASIHAT HAJAR KEPADA PENGUNDI:
Ana bukan minta antum untuk undi ana tapi ana minta sangat2, undilah calon-calon yang antum yakin sedia berkhidmat untuk ISLAM kerana PERUBATAN merupakan organisasi yang membawa ISLAM. Dan calon-calon ini jugalah yang akan membawa bersama-sama semua ahli PERUBATAN untuk menegakkan DAULAH ISLAMIYAH yang sama-sama kita impikan!! ALLAHU AKHBAR!!!


Untuk sahabat-sahabat yang bakal mengundi 24 aribulan ni..
UNDILAH CALON YANG LAYAK KERANA MEREKA SEMEMANGNYA LAYAK..
INGAT UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN PERUBATAN.. 
KALU ANDA SAYANG PERUBATAN BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK..
MOH KITA NAIKKAN JUNIOR2 YANG BERKALIBER INI!!
KATA NAK MEMARTABATKAN KESATUAN PERUBATAN 
SO  UNDILAH CALON DARI AZHAR NGAN AINSHAM JUGAK...

Monday, December 13, 2010

HaTi



Aku tertarik dengan kata-kata Imam Ghazali yang disampaikan oleh ummi time kelas MAHAR beberapa minggu yang lalu..Kata-katanya begini:

Carilah hatimu di 3 tempat,
iaitu sewaktu engkau bangun membaca Al-Quran,
 jika tidak kau temui carilah ketika engkau mengerjakan solat
 jika tidak kau temui juga carilah hatimu ketika kau duduk tafakur mengingati mati....

Jika engkau masih tidak menemui hatimu, berdoalah kepada Allah
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu engkau tidak mempunyai hati..


p/s: Jagalah hatimu......


Saturday, December 4, 2010

Ku sujud padaMU

Tiba2 aku ghasa nak tulih lam basaku yang dah lama aku xguna ngat... Memang xguna pong. Besa la kalu aku cekap basa kapungku ni konpom la oghang payah nak pahang..

Sudah lama aku tinggal blog ini kesepian, x update. Sekadar memandang dengan pandangan sayu dan berharap aku dapat menulis dengan hanya menggunakan hati tanpa perlu menaip... Mustahil!
Beberapa minggu kebelakangan ni, tetiba doktor bersemangat nak buat kuiz plak... Padahal doktor dah cakap nak wat kuiz sejak sebelum raya ag.. Ntah la xdapat nak dipastikan kenapa aku xstudy awal padahal aku bukanlah suka study last minute.. Betul ke??

Aku bukan nak cite pasal aku men hentam jawab kuiz microb..huhu. Aku cuma nak berkongsi beberapa ilmu yang aku kutip di bumi barakah ini terutama ilmu-ilmu yang aku dapat sepanjang aku menghadirkan diri ke kelas tafaquh BPI..

Nie RESEPI untuk mendekatkan diri kepada ALLAH

Bahan-bahannya:
1) Titisan keikhlasan
2) Secebis kesabaran
3) Pati tawaduk
4) Loyang ketaqwaan

Cara melaksanakannya:
1) Curahkan adunan titisan keikhlasan, secebis kesabaran dan pati tawaduk ke dalam loyang ketaqwaan
2) Kemudian tambahkan pula air ketakutan dan nyalakan dengan api ketakutan
3) Selepas siap dimasak adunan tadi, tapiskan pula dengan tapisan muraqabah
4) Hidang dengan perasaan sidqu
5) Minumlah dengan gelas istighfar dan kumurlah dengan sifat wara' dan menjauhi perasaan tamak dalam hati...

MasyaALLAH... Bila dihitung diri kita yang hina adakah kita melaksanakan semua benda ini sebelum kita mengaku kita dekat dengan ALLAH.. Perkara ini akan jadi susah kalu kita tidak cuba untuk melaksanakan.. Dan ia sangat manis bila saat kita menikmatinya..

Kita hitung lagi diri berapa kali dalam sehari kita ingat pada ALLAH.. Adakah kita cuma ingat ALLAH bila kita susah atau bila senang sahaja, atau kita ingat ALLAH sepanjang hari kita atau kita ingat ALLAH apabila diingatkan oleh orang lain??? Dimanakah Allah dalam hidup kita?? Fikir-fikirkanlah...

" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah"
(surah al-a'raf:205)







Wednesday, November 10, 2010

Demi masa. 
Sungguh manusia berada dalam kerugian.
 Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta 
saling menasihati untuk kebenaran
 dan saling menasihati untuk kesabaran.
-Surah Al-Asr-

Pepatah menyatakan masa itu emas.. Mungkin ada  benar kerana emas itu berharga seperti masa, emas boleh digadai seperti masa juga boleh digadai sama ada digadai ke arah kebaikan atau sia-sia maka akan untung atau rugi seseorang itu. Tapi masa tidak boleh ditebus seperti emas yang digadai. Gadai masa tebusannya hanya di akhirat kelak.

Masa lebih tepat lagi adalah nyawa dan kehidupan. Hilang nyawa dan kehidupan maka tiadalah yang menggantinya. Begitu juga masa perginya  tidak boleh diseru pulang. Pergi tak kembali. Nyawa dan kehidupan adalah pemberian dan nikmat ALLAH. Masa juga adalah pemberian dan nikmat ALLAH. Kelak ALLAH akan menyoal di mana nyawa dan kehidupan dihabiskan begitu juga masa.

Hadis diceritakan oleh Imam Ibn Hibban dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih berbunyi:

Ditanyakan oleh Abu Zar kepada Rasulullah tentang kandungan suhuf  Nabi Ibrahim. Maka Rasulullah menjelaskan beberapa kandungan suhuf Nabi Ibrahim antaranya:

1) orang yang berakal waras, hendaklah dia membahagikan masanya kepada
-sesaat untuk munajat kepada Tuhannya
-sesaat untuk muhasabah diri
-sesaat untuk bertafakur tentang penciptaan ALLAH
-sesaat untuk mencari keperluan makan minumnya

2) tumpuan 3 perkara oleh orang yang berakal 
-bekalan untuk akhirat
-bekalan untuk kehidupan dunia
-bersuka-suka dalam perkara yang tidak diharamkan

3) orang berakal hendaklah
-peka dengan suasana sekeliling
-berhati-hati dalam tindakan
-menjaga lidahnya

4) orang yang utamakan amalan tak akan berkata-kata melainkan dalam perkara yang perlu






Tips menjadi pengurus masa berjaya

1) Laburkan masa anda sebentar untuk merancang
-jangan main terus bantai kelak anda akan menyesal
-cuba bayangkan kalau mahu ke satu tempat dengan segera, anda mesti tahu tempat kat mana kan,mesti tahu pelan ke tempat tersebut kan. Kalau anda tidak tahu pasti anda akan sesat dan mengambil masa yanh lama untuk sampai ke tempat tersebut.
-begitu juga masa, rancanglah terlebih dahulu untuk apa, ke mana masa anda akan dihabiskan. Kalau tidak anda akan menyesal dan berasakab 24 jam sehari sangat tidak mencukupi

2) Tentukan matlamat
-Hidup perlu ada matlamat kan
-Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut mengikut arus, terumbang-ambing dipukul ombak laut, destinasi hanya sekadar angan-angan kosong
-Hidup bermatlamat menjadikan seseorang lebih jelas dengan kehidupannya. Untuk apa dia hidup sehari-harian, apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamatnya itu dan sebagainya, semuanya jelas tanpa ragu-ragu lagi.

3) Tentukan keutamaan
-Ilmu pengetahuan membezakan antara utama dan kurang utama , antara amalan yang diterima agama dan yang salah di sisi agama, tindakan yang berlandaskan kaedah sunnah Nabi dan bid'ah

4) Tuliskan senarai perkara yang perlu dibuat
-supaya tidak membuang masa dengan tak tahu nak buat apa. Maka bodohlah orang yang mensia-siakan setiap saat dalam hidupnya tanpa melakukan apa-apa.

5) Bersikap fleksibel
-Bersikap fleksibel bermaksud bersedia dan kreatif dalam mengatur perjalanan masa dalam hidupnya
-Contohnya seorang mahasiswa merancang untuk belajar selama 4 jam dalam masa sehari  itu tetapi disebabkan berlaku kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan dia terpaksa mengorbankan masa belajarnya itu. Dia perlu memikirkan bagaimana mahu mengganti semula masa study yang terpaksa dikorban, mungkin dia perlu mengurang masa yang dihabiskan pada perkara-perkara yang kurang penting seperti berchatting dan sebagainya. Jadi pengajarannya, kita mesti bijak menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku secara mengejut. Be creative pasti hidup kita lebih bermakna.

6) Tentukan masa produktif anda
-setiap orang pasti arif dengan diri sendiri, pasti tahu masa mana dalam sehari yang sangat produktif maka lakukan perkara  utama pada masa produktif tersebut. Pasti hasilnya lebih memuaskan.

7) Lakukan perkara yang betul dan tidak sia-sia
-Imam Al-Tarmizi dan Ibn Majah menceritakan kata-kata Nabi yang bermaksud:
"Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya."

8) Ketepikan tugas secara bijak
-agih tugas anda kepada orang lain
-jangan bebankan diri anda semua benda kelak anda akan merasa terbeban

9) Jangan jadi sempurna 
-Usah takut hadapi kegagalan
-Ketahuilah di sebalik kegagalan itu ada kemanisan

10)Hapuskan kerja-kerja mendesak
-apa itu kerja-kerja mendesak? Kerja mendesak adalah hasil dari sikap bertangguh yang akhirnya memerlukan kepada penyelesaian dalam masa yang singkat. Malah hasil kerja-kerja mendesak hanya bertahan dalam jangka masa yang singkat
-Jadi untuk hapuskan kerja-kerja mendesak jangan bertangguh

11) Jangan bertangguh
-Anda semestinya sudah arif bertangguh banyak mudaratnya
-cuba bayang jika seorang lelaki diamanahkan untuk memikul 10 kg beras setiap menangguh kerjanya sehingga 10 hari. Sehingga hari yang ke 10 majikan menggesanya supaya menyudahkan kerja sebelum matahari terbenam pada hari ke 10. Tidakkah itu memberi beban yang amat sangat kepadanya??
-Fikir-fikirkanlah
Kejar masa itu...


12) Belajar untuk berkata TIDAK
-katakanlah TIDAK pada perkara yang sia-sia
-katakanlah TIDAK pada ajakan yang tidak bermanfaat
-Jadi lebih tegas dengan keadaan sekeliling anda


"Awasilah setiap detik hidupmu. Jangan kamu lupakan ALLAH walaupun seketika kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat bahaya. Sesungguhnya semua manusia berada dalam KEBINASAAN kecuali mereka yang BERILMU. Orang-orang yang BERILMU berada dalam KEBINASAAN kecuali mereka yang BERAMAL. Mereka yang BERAMAL berada dalam KEBINASAAN  kecuali golongan yang IKHLAS. Golongan yang IKHLAS masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi ALLAH.
SEMUA INI AKAN MEMBEBANKAN KAMU KECUALI JIKA KAMU MENGAMBIL DARIPADA DUNIA SEKADAR KEPERLUANNYA SAHAJA."
(Imam Al-Ghazali: Ihya Ulumuddin)




Sunday, October 17, 2010

sAbAr dalam menangani masalah

Bukan mudah untuk bersabar dan berfikiran positif. Ramai orang gagal untuk bersabar dan berfikiran positif apabila ditimpa sesuatu masalah...Macam mana nak maintain bersabar ? Jawapannya mudah sahaja iaitu IMAN..

Teringat aku akan kisah Nabi Muhamad s.a.w ketika hijrah baginda ke Taif bersama dengan sahabat, Zaid bin Harithah. Bukan mudah hijrahnya Rasulullah ke sana. Rasulullah tidak diterima di sana malah dibaling batu kepada Rasulullah dan sahabat sehingga berdarah kepala dan kaki mereka. Rasulullah tak dapat nak berdakwah kepada penduduk Taif yang jahil ketika itu. Menurut Imam Muslim Rasulullah mencari perlindungan di bawah sepohon pokok yang rendang. Ketika itu datang malaikat penjaga gunung meminta izin kapada Rasulullah untuk menimpakan gunung Taif kepada penduduk Taif di atas kedegilan mereka untuk menerima dakwah Rasulullah. Adakan Rasulullah mengizinkan malaikat berbuat demikian? Tidak sama sekali malah Rasulullah berdoa kepada ALLAH mengharapkan akan ada di kalangan penduduk beriman dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pada masa akan datang.

Masya-ALLAH betapa mulia akhlak Rasulullah yang sangat berlapang dada, bersabar dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalankan dakwah menyebarkan Islam. Kita bayangkan jika Rasulullah tidak bersabar dalam dakwah baginda adakah Islam yang kita anuti sekarang sampai kepada kita seperti hari ini? Sudah tentu tidak bukan? Bukan susah untuk bersabar asalnya hati dan roh kita ada iman.
Sabar adalah kunci kejayaan!!
Sudah banyak ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ganjaran ke atas orang-orang yang bersabar. 


Sabar dan bijak mengatasi masalah anda. Jadikan masalah anda sebagai satu platform kepada anda untuk membaiki diri dari segenap aspek. Setiap kesulitan ada kesenangan.

Surah Al-Baqarah ayat 153 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah)dengan sabar dan solat. Sungguh Allah bersama orang-orang yang bersabar..

Monday, September 27, 2010

PSMB'10 BeRi KeRAnA SaYaNg

Memanfaatkan sisa-sisa keringat yang masih ada di bumi Mesir dengan menyambut adik-adik tahun satu yang baru di bawah tajaan JPA... Seramai 169 orang pelajar mula menapak kaki di bumi ardul kinanah jam 1.00 petang 18/09/2010..Berprogram selama 4 hari meninggalkan pelbagai nostalgia pahit dan manis...Yang pasti hanya mengharapkan balasan dari ALLAH..Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir..Chaiyok3!!

Kak rem tengah pening ke?

AJK-AJK berbaju hijau yang komited bekerja..:)

Pendaftaran...

Segak-segak belaka adik-adik baru nie..

Ust Janudin yang dirindui..Akhirnya jumpa jugak aku dengan ustaz.
Terharu sangat sebab ustaz masih ingat ag anak murid dia yang sorang ni..

Terima kasih abang-abang semua sebab tolong angkat beg adik-adik...

Apa yang depa sembang 2??

Adik-adik baru.....

Apa yang menarik kat depan 2?


Perasmi PSMB'10

Aku tanya ckit berjela-jela plak dia jawab..

AJK Makanan yang gigih..

Best sangat ker??

Siap berkot ag..

Apa yang lucu sangat tu?

Barisan ahli panel dan moderator forum...

AJK dan fasi serba coklat di hari ketiga..

AJK Persiapan dewan dan tukang wat video..

Kang dah kena denda ngan Ketua disiplin dan protokol yang 'garang'...

Roti sekeping pun xreti nak jaga..Macam mana ni??

Kak Natrah yang bersemangat walaupun kecik comel...

Barisan AJK Pelaksana PSMB'10 tapi x semua yang ada..

Best sangat sampai tertido...

Sama x muka kami?

Asyik kena marah ja meh jawab soalan pulak..

Penerangan JAKSI yang ringkas tapi padat dengan video..

Kak Yana tercinta...SC punya slot..

Fasi kena sapu telur kat muka oleh anak-anak buah sebagai salah satu petua untuk melicinkan kulit muka serta merapatkan ukhuwah..
Abih telur bersepah kat lantai. Ni gara-gara xreti nak pecahkan telur .

AJK ku yang begitu bersungguh-sungguh..Terima kasih korang!

Sesi berdebat..

Apa yang 2 orang buat kat belakang 2?

Nie nak menyanyi ke apa?

Dif-dif kehormat di malam penutup.

Dahlia yang menjadi tumpuan ramai orang.
PSMB yang berlalu pergi banyak mendidik jiwa ini menjadi lebih optimis pada masa akan datang..InsyaALLAH..
Alhamdulillah akhirnya semua telah selesai..Selamat kembali ke sekolah!! Yahooooo dah stat kuliah!!!

" Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" (18:10)




Thursday, September 23, 2010

Rayaaaaa!!!



Sebahagian daripada rombongan raya bergambar di ARMA(destinasi pertama pada hari raya pertama)
Memang meriah!!!!


Beraya bersama akak-akak riang ria..huhu
Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari Raya semua!!!! Maaf zahir dan batin..Moga Syawal yang berbaki membawa seribu kebaikan kepada kita semua....InsyaALLAH
Raya perantauan memang best walaupon tiada keluarga di sisi..Kawan-kawan disekeliling sudah umpama keluarga sendiri..Ukhwah fillah ilal jannah...
Walaupun kurang sihat di hari raya, aku tetap gagahkan diri untuk sama-sama meraikan hari kemenangan ini bersama rakan-rakan yang lain di bumi Mesir.. Memang sedih meninggalkan ramadhan yang berlalu pergi tapi Syawal yang tiba harus disambut dengan gembira... Walaupon xdak mercun atau bunga api di malam raya, takbir raya sudah cukup untuk menggamit kerinduan kepada keluarga tercinta di Malaysia..
Selepas takbir di malam raya, PERUBATAN ada wat ceramah sempena Syawal...Abih ceramah masing-masing wat kerja sendiri.. Ada yang sibuk memasak,ada yang sibuk bekerja walaupon di malam raya.. Sepanjang malam aku xdapat melelapkan mata gara-gara selesema yang menyukarkan proses tido..Dari pukul 2 pagi sampai subuh aku tepon Malaysia, sejam sembang ngan family..Selebihnya sembangnya kawan-kawan dan ustazah tercinta...
Paginya pakat-pakat solat raya kat ARMA..Lepas raya kat ARMA g plak rumah negeri (Kelate).. Pas g umah kelate aku dah xlarat...Sebelum zohor dah balik umah..Pas2 separuh hari raya kat lam mimpi walaupon tido lena tanpa mimpi...


Satayyyyyy!! (xder la teruja sangat)huhu
Makan jangan x makan..Satay kat ARMA

Rajinnya akak-akak umah kelate buat kuih..Semua buat sendiri.
Memang mantopp la

Raya kedua jalan lagi....Raya ketiga dah xlarat dan busy untuk persiapan Rumah Terbuka PERUBATAN untuk raya yang keempat di Masjid Sharbini Hayyu Asyir..

Masjid Sharbini, Hayyu Asyir
Bermacam-macam juadah raya disediakan sempena
Rumah Terbuka PERU
BATAN.

Jangan ingat raya kat perantauan xdak kuih raya..Segala jenis kuih raya ada...
 Yang pastinya aku xreti buat satu jenis pon.haha

Kenapa la bunga yang ajk pakai besar sangat...
Ini semua adalah bahan-bahan yang di'recycle' semula...

Rumah Terbuka PERUBATAN memang best bagi sebab dapat kepuasan masak sendiri walaupon bukan aku yang masak menu utama...Merasa jugak aku masuk dapur yang selama ini dikuasai oleh kaum lelaki..huhuhu..Keadaannya??? No komen..hahaha
Yang pasti memang penat sangat.. Pukul 12 malam baru sampai umah lepas abih kemas semua benda..Nasib baik ada drebar yang baik ati hantar kami sampai umah (jangan kembang sudah)..


Anak kecik pon datang beraya....

Rombongan dari Mansurah (kalu xsilap)

Xder banner, hasil tangan sendiri pon cukup (kredit utk paiq)..
Minta maap kepada kartunis PERUBATAN kerana hasil lukisan anda kami tinggalkan di masjid atas

 permintaan Dr Sharbini..Minta halal la, t lukis lain ya..hehe

Meriahhh!!




BIKON xmelepaskan peluang mengaut pendapatan
ketika Rumah Terbuka PERUBATAN..
Apapun semua ketentuan ALLAH di mana anda beraya...Mungkin tahun depan masih di sini atau mungkin juga di Malaysia atau mungkin xmerasa Syawal hadapan...Teruskan mujahadah di bulan Ramadhan untuk bulan-bulan yang seterusnya... Jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah untuk kita meningkatkan keimanan sepanjang hidup kita sehingga saat malaikat Izrail mencabut nyawa kita...

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin!!!!

p/s:nantikan pulak PSMB 2010....huhu