Thursday, April 5, 2012

KasihMU II

Dicapai telefon itu dengan pantas.

"Assalamualaikum Sarah." kedengaran suara lembut di hujung talian.

"Waalaikumussalam warahmatullah" jawab Sarah agak perlahan.

" Awak sihat Sarah ?. Suara macam kurang sihat ja."

" Alhamdulillah saya sihat akak. Akak sihat?"

" Alhamdulillah, akak sihat je. Awak tengah buat apa tu?"

" Tak buat apa-apa pun. Dok belek-belek tafsir je. Sekejap lagi nak keluar. Ada hal sikit."

" Oh ya. Minta maaf la akak kacau awak pagi-pagi ni. Akak nak tanya ni, awak free tak hari isnin ni?"

" Eh tak delah akak. Tak kacau pun. Hmmm InsyaALLAH setakat ni free je hari Isnin tapi selepas Asar la akak. Kelas saya habis lambat sikit hari tu. Kenapa akak?" tanya Sarah sedikit cuak.

" Ok la kalau macam tu. Akak pun habis kelas lambat sikit hari tu. Kira jadi la kan temujanji kita hari Isnin dekat rumah akak.k. Awak jangan risau akak cuma nak bincang beberapa perkara dengan awak . Hal biasa la." riang suara Kak Aliza seolah-olah mengetahui apa yang bersarang dalam kepala otak Sarah.

" InsyaALLAH. Nanti boleh jumpa Umair yang comel tu. Ok akak. Jumpa nanti ye. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam w.b.t"

*****************************************************************************

Semenjak pertemuan dengan Kak Aliza, hati Sarah tidak tenteram. Pelbagai persoalan timbul di benak hatinya. Sarah cuba berfikiran positif dengan berita yang disampaikan oleh Kak Aliza itu. Agak berat pada permulaan tetapi setelah diterang dengan baik oleh Kak Aliza, Sarah dapat menerimanya.

" Akak tahu awak akan terkejut dengan berita ni. Tapi awak kena ingat, InsyaALLAH  ada hikmah di situ. Akak tak boleh paksa awak untuk terima, akak hanya bertindak untuk menyampaikan sahaja. Segala keputusan bergantung kepada awak. Ambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya. InsyaALLAH, ALLAH akan bantu. Selalu mohon petunjuk ALLAH dalam doa." kata-kata Kak Aliza masih terngiang-ngiang di corong telinga Sarah.

" Ya ALLAH bantulah hambaMU ini membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Aku perlukan petunjukMU ya ALLAH." doa Sarah dalam hati.

" Assalamualaikum cik Sarah."

" Waalaikumussalam, ya ALLAH Hana. Kau ni buat aku terkejut je"

" Ye la macam mana tak terkejutnya, dari tadi aku tengok kau dok termenung panjang. Aku kat sebelah dari tadi pun kau tak perasan. Nak kata kau tengah baca Al-Quran tak jugak. Al-Quran terbuka tapi mata kau merenung jauh ke arah lain, mulut tak bergerak langsung. Memang sahlah kau tengah termenung." Becok sekali mulut Hana berkata-kata.

" Kau ada apa-apa masalah ke? Tak nak kongsi dengan aku?" Hana dapat meneka gelora perasaan Sarah ketika itu. Maklumlah sudah hampir lima tahun mereka bersahabat karib. Segala masalah, suka dan duka dikongsi bersama. Tambahan pula mereka tinggal serumah.

Angin petang yang sejuk mencengkam  sehingga ke tulang sum-sum. Sejuk sangat. Sarah masih tidak berganjak meninggalkan kawasan taman universiti. Dibiarkan pertanyaan Hana sepi begitu sahaja. Dia tahu Hana akan faham kalau sekiranya dia hanya diam membisu seribu bahasa itu bermaksud dia tidak suka diganggu, sedang mencari resolusi kehidupan.

" Sarah, aku balik dulu ye. Petang ni giliran aku masak. Kau duduk elok-elok yer. Semoga ALLAH permudahkan segalanya. Jangan balik lambat sangat tau." Hana meminta izin untuk pulang ke rumah.

" Hana, aku minta maaf." bisik hati kecil Sarah. Bukan dia tidak sudi berkongsi dengan Hana sebaliknya dia merasakan bukanlah itu penyelesaian yang terbaik. Sementara waktu ini biarlah dia cuma berkongsi lara hati dengan ALLAH. Ya, dengan ALLAH sahaja.

Senyumlah biar hatimu retak seribu