Perjuangan......
Teman,
Jalan ini amat panjang
Terbentang jauh ke hadapan
Seolah tiada pengakhiran
Lumrahnya adalah ujian dan cabaran
Jalan yang sama dilalui Rasul ikutan
Muhammad sollahu alaihi wassalam
Teman,
Hujung jalan ini bukan di usia
Bukan juga di dunia
Syurga dan redha ALLAH itu matlamat kita
Cinta adalah sumbernya
Harta dan jiwa adalah korbannya
Teman,
Pergilah ke hati-hati manusia itu
Ajaklah ia ke jalan Rabbmu
Jika seorang mendapat hidayah keranamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya jika kau tahu
Teman,
Berlumba-lumbalah untuk memberi dan kurang meminta
Bersedialah dengan banyak kehilangan dan sikit menerima
Kerana yang ada di sisi ALLAH lebih mulia
Sedang di sisimu fana belaka
Setiap keringat itu pahalanya berlipat ganda
Teman,
Tetaplah hatimu walau banyak rintangan
Titipkan kesabaran dalam meniti jalan
Teguh dalam barisan
Istiqamah dalam perjuangan
Kuatkan tali persaudaraan
Teman,
Kita berjuang bukan seorang diri
Ada sahabat di sisi menemani
Pimpinan untuk diikuti
Ummah untuk disantuni
Dan dirimu jangan dilupai
Tunai hakmu dengan Ilahi
Semoga kau diredhai
Dunia dan ukhrawi
Selamat berjuang, teman!!!
Siiru 'ala barakatillah....