Sunday, March 13, 2011

SuDaHkAh saMpAiKAh AjaL kiTa..

Lepas sembahyang zohor kat Masjid Salehuddin tadi, imam buat pengumuman untuk wat solat jenazah. Kami pon bersembahyang jenazah secara berjemaah.. Waktu sembahyang jenazah tu aku perasan yang orang arab waktu takbir yang kedua dan seterusnya sampai yang keempat depa xangkat tangan.. xpa la. Sampai la abih solat jenazah tetiba mak cik arab sebelah aku tego... Dia kata solat jenazah ni sekali ja takbirnya (macam 2 la terjemahan dia).. Pas2 mak cik arab lagi menyampuk.. Mungkin dia bela aku kot sebab lepas aku angguk2 aku terus g biar depa dua dok cakap sesama depa.

Rupa-rupanya baru aku tahu solat jenazah ni ada banyak versi mungkin ikut mazhab masing-masing. Yang 2 aku belom kaji..Lepas kelas tuisyen aku p ag masjid Salehuddin sebab aku dah jatuh cinta dengan masjid tu.. Habis sembahyang asar ada lagi solat jenazah..Aku solat macam besa aku solat.. Lepas abis xdak sapa yang tego sebab mak cik kat sebelah aku pon solat macam aku, angkat tangan setiap kali takbir.

Bali umah aku terus cari beberapa info tentang solat jenazah.. Yela bukan selalu solat jenazah, so ingat-ingat lupa.... Kat bawah ni ada gambaran sikit pasal solat jenazah...

1)Niat:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan/lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

2) Takbiratul Ihram (takbir pertama)
3) Membaca surah al-Fatihah
3) Takbir kedua
4) Membaca selawat ke atas Nabi

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

5) Takbir ketiga
6) Mendoakan ke atas mayat

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

7) Takbir keempat
8) Mendoakan ke atas mayat

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri




nota:1) Bila dicari, rupa-rupanya mazhab syafie saja yang angkat tangan time takbir..
         2) Aku ingin kembali ke sana menginsafi diri yang hina ini...

p/s: Cari dirimu di sini sebelum kau dihantar ke sana.. Mudahan husnul khatimah menyudah nafas kita semua...



No comments:

Post a Comment