Saturday, April 30, 2011

ThaLhah: Syahid yaNG HIdUp

Sudah  lama x menulis.. Kepala otak rasa buntu xkeluar idea tangan pula kaku untuk mencoret sesuatu.. Begini la dunia seorang pelajar medic yang sangat sibuk. Sibukkah? Tanya diri anda sendiri? 
Semoga catatan kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada sahabat-sahabat sudi menerjah ke sini..
Kali ini nak tulis pasal sirah plak...
Sahabat-sahabat tahu x sapa siap 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga? 10 sahabat Nabi itu adalah
1) Saidina Abu Bakar
2) Saidina Umar ak-Khattab
3) Saidina Uthman Affan
4) Saidina Ali Abi Talib
5) Zubair Al-Awwam
6) Thalhah Bin Ubaidillah
7) Said Bin Zaid
8) Abdul Rahman Bin Auf
9) Saad Bin Abu Waqas
10) Abu Ubaidah Al-Jarrah
Kali ini nak bercerita tentang salah seorang daripada 10 sahabat Nabi iaitu Thalhah bin Ubaidillah yang terkenal dengan gelaran syahid yang hidup atau Assyahidul hayy...
Beliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, beliau bekerja sebagai saudagar. Walaupun masih muda, Thalhah mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, ia cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam. Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah. Setibanya di Makkah, lalu beliau bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa yang berlaku sepanjang peninggalanku?" "Ada, Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. ”Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami bersahabat baik, banyak orang menyukai akhlaknya, kerana dia ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah lirih. Setelah itu Thalhah terus mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah pun menceritakan tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah terus mengucapkan dua kalimat syahadat.
Antara peribadi Thalhah adalah kesungguhan beliau dalam mempertahan Rasulullah ketika Perang Uhud sehingga beliau digelar Assyahidul hayy. Belaiu adalah antara sahabat Nabi yang mengelilingi Nabi ketika tentera Musyrikin kembali menyerang pasukan tentera Islam dalam Perang Uhud. Tangan kiri beliau memegang Rasulullah manakala tangan kanannya pula memegang pedang untuk melindungi Rasulullah. Setiap kalu Rasulullah bertanya kepada sahabat yang ada di sekeliling baginda siapa yang akan mara ke hadapan untuk bertarung dengan tentera Musyrikin, Thalhah sentiasa menjadi orang pertama menyahut seruan Rasulullah itu. Namun Rasulullah tidak membenarkan Thalhah mara tetapi sebaliknya berada di sisi Rasulullah sehinggalah ramai tentera Islam yang gugur dan setelah beliau berjaya menghantar Rasulullah ke sebuah bukit untuk perlindungan. Thalhah akhirnya mara menentang musuh-musuh Allah itu..
Beliau mengalami banyak kecederaan semasa Perang Uhud. Diriwayatkan lebih 70 kesan luka akibat pedang dan panah pada badan beliau. Beliau juga didapati pengsan oleh Saidina Abu Bakar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah selepas menentang tentera musyrikin sehingga digelar Assyahidul hayy (Syahid yang hidup). Diriwayatkan juga bahawa Thalhah kehilangan jari sewaktu perang Uhud. Di sini kita dapat lihat betapa cinta Thalhah kepada Islam dan pembawa risalah Islam itu sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Beliau sanggup mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa untuk bersama-sama Rasulullah dalam menegakkan agama Islam yang mana dengan usaha Nabi Muhammad dan para sahabatlah maka pada hari ini kita dapat merasa nikmat Islam dan Iman sehingga hari ini..Alhamdulillah sungguh besar perancangan Allah s.w.t.. Muhasabah kepada diri ini dan sahabat sekalian, adakah kita betul-betul menyerahkan segala-galanya yang kita ada untuk perjuangan Islam? Mudah-mudahan kita akan sentiasa mempertingkatkan dan memperbaiki diri kita serta sentiasa mengajak orang lain ke arah fikrah islam yang syumul ini. Islam tidak berkehendak kepada kita tapi kitalah yang berkehendak kepada Islam. Kita perlu sedar Islam  tak pernak rugi jika kita tak memperjuangkannya tapi kitalah yang sebenarnyalah yang rugi kerana janji ALLAH itu pasti.. Islam akan dijulang satu hari nanti...
Antara kisah lain mengenai Thalhah adalah mengenai sifat pemurah beliau. Thalhah adalah pedagang besar. Pada suatu hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700 000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrerinya iaitu Ummu Kaltsum binti Abu Bakar Shiddiq, Mengapa engkau gelisah, hai Abu Muhammad, Apa kesalahan kami sehingga membuatkan engkau begitu gelisah?
Jawab Thalhah, Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada sesuatu yang aku fikirkan, seperti kebiasaan fikiran seseorang kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya..
Jawab isterinya lagi, Mengapa engkau begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum engkau banyak yang memerlukan  pertolongan engkau. Besok pagi bahagikan wang itu kepada mereka..
 Kata Thalhah, Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah. Paginya, dimasukkan wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibahagikan  kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Ansar.
  MasyaALLAH.. Kita boleh lihat betapa pemurahnya Thalhah. Beliau risau tentang harta yang banyak, adakah kita juga seperti itu? Atau kita risau dengan wang yang tak pernah cukup? Sudah banyakkah harta yang kita laburkan untuk saham kita di akhirat kelak? Sama-sama kita fikirkan..
Seperkara lagi yang boleh kita dapat dari kisah di atas, adalah peranan seorang isteri.. Tidak mahukah kita menjadi isteri seperti Ummi Kaltsum yang menjadi penenag di kala suami kegelisahan, memberikan penyelesaian kepada permasalahan suaminya. Mesti la nak kan... Jangan pula kita sebagai isteri menyerabutkan kepala otak suami dengan akhlak dan peribadi kita yang kurang enak. Jangan jadi isteri yang akan menjawab, " Ala, apa susah-susah bagi je suma harta tu kat saya, saya boleh uruskan. Boleh saya g shopping, beli itu dan ini. Dan bla bla..." Memang tak patut..Kesimpulannya jadilah isteri yang boleh membawa suami ke syurga.(Nasihat orang xbertauliah tapi ambillah, semoga bermanfaat)
Melihat kepada pengorbanan Thalhah dalam perjuangan beliau bersama Nabi dan sahabat-sahabat yang lain, mari kita muhasabah diri kita. Sahabat-sahabat Nabi walaupun telah dijamin dengan syurga sekalipun tetap mempertaruhkan dan mengorbankan segala-galanya untuk Islam kerana ALLAH dan RasulNYA, bagaimana pula kita tidak dijanjikan seperti mana sahabat Nabi? Maka kita perlu lebih lagi tapi mana mungkin kita dapat menandingi para sahabat yang jauh berganda-ganda amalan dan pengorbanan mereka tetapi sekurang-kurang kita sentiasa berusaha mencontohi Nabi Muhammad dan para sahabat dalam menjunjung perintah ALLAH mempertahan dan menyebarkan dakwah Islam.
Wallahu'alam...

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."(14:11,12)




No comments:

Post a Comment