Monday, April 4, 2011

HaRgAi MaSa RemAjAmU

Sejak balik semula ke Kaherah, kehidupan menjadi sangat sibuk...sangat ke?.. Agak la. Kadang-kadang ruang bernafas terasa sempit. Gara-gara nak kejar silibus yang tertunggak cuti 2 hari seminggu menjadi satu hari. Ditambah plak dengan kelas tuisyen 4 hari seminggu. Ada satu hari dalam seminggu 2 keluar ke kelas jam 7 pagi balik semula ke rumah 6 petang, hampir 12 jam. Itu la sapa suruh baru sekarang gatal nak mbek tuisyen banyak-banyak.haha Tapi aku xkisah asalkan setiap detik masaku terisi.

Aku tertarik dengan buku Syeikh Yusof Qardhawi yang bertajuk Wajibul Syabab Al- Yaum yang menerangkan tentang apa yang sepatutnya remaja seperti aku lakukan pada masa sekarang yakni pada masa muda mereka. Bila dikenang semula, Ya ALLAH banyak masa terluang yang terbuang dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat sedangkan banyak lagi kewajipan sebagai seorang muslim yang belum tertunai lantaran kejahilan diri.



Syeikh mengatakan bahawa masa remajalah masa yang semangat berkobar-kobar, jiwa masih kuat dan gagah. Ya betul.. Lihat saja pada kebangkitan masyarakat di Timur Tengah, jiwa muda bangun menentang dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kezaliman kerajaan sama atau mungkin lebih bilangannya dengan golongan tua. Manfaatkanlah masa remaja yang mana saat ini kita masih gagah untuk  mengutip mutiara berharga sebagai bekalan kehidupan. Masa inilah kita masih kuat untuk bergerak ke sana ke sini . Masa inilah otak kita masih segar untuk menerima segala input sebelum diserang penyakit lupa. Masa inilah kita bebas untuk bergerak tanpa kekangan tanggungjawab terhadap  institusi kekeluargaan. Masa inilah kita boleh menyumbang dengan sebanyak-banyaknya..



Sesetengah orang akan berkata," Ah biar la, time ni la aku nak enjoy t dah tua aku tobat la. Rugi beb". Inilah kalam orang yang rugi. Baginya kematian itu hanya untuk orang tua-tua. Alangkah rugi mereka kerana hanya memikirkan keseronokan hidup sehingga mengundang kemurkaan ALLAH. Hidup diisi dengan kelalaian yang berpanjangan, hiburan yang menggelapkan dan menjauhkan hati dari mengingati ALLAH, kematian tidak wujud dalam kamus hidup, syurga neraka jauh sekali. Lihatlah kehidupan kebanyakkan remaja sekarang. Berapa ramai remaja yang mengorbankan sepenuh hidupnya untuk Islam? Ramai lagi yang mengorbankan hidupnya kepada keduniaan yang melekakan..


Wujudkah  lagi karakter Saidina Ali, pemuda yang sepanjang hidupnya hanyalah untuk ALLAH, Rasul dan Islam pada remaja sekarang? Wujudkah lagi karakter Salehuddin Ayyubi, pejuang agama yang gagah dalam peperangan tapi kuat ibadatnya kepada ALLAH ? Sungguh hanya kita yang menentukan siapa kita di hadapan ALLAH kelak.. Kitakah pembela agama ALLAH atau kitakah yang mencalar kesucian agama ALLAH itu .. Kita yang tentukan..


Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.. (103)

" Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal"...(40:39)

No comments:

Post a Comment