Monday, August 3, 2015

RnR di MeSiR

Hopefully tahun ni adalah raya terakhir di Mesir. haha
Sebelum ni ingatkan tahun lepas dah kali terakhir beraya di Mesir tetapi perancangan Allah lain apa yang disangka. Sepanjang hampir tujuh tahun di Mesir ini adalah kali ke-5 beraya di Mesir.

Waktu tahun 1 (2009), lepas habis exam terus pecut balik Malaysia sehari lepas exam sampai tak sempat join dinner batch. Jadi dapat la beraya di Malaysia dengan keluarga tercinta. Biasa la adik baru tambah pula tak penah berjauhan dengan keluarga. Dari lahir sampai lepas SPM, duduk dalam Kedah je tak keluar mana-mana.

Bila dah tahun 2 (2010), nak juga merasa Ramadhan dan beraya di Mesir. Meriah! Ramadhan memang berbezalah dengan Malaysia. Sangat dialu-alukan kedatangannya. Kalau di Malaysia awal Ramadhan sudah disajikan dengan lagu-lagu raya, jualan murah dan sebagainya seolah-olah menghambat sang Ramadhan pergi. Ramdahan menjai tetamu yang tidak diundang.
Walaupun jauh dari keluarga dapat juga merasa makan rendang, lontong, kuih raya dan sebagainya. Tapi lemang dan ketupat original xde la. Setiap hari ada open house  sampai tak cukup perut nak tampung makanan yang ada.haha Time ni belum lagi rajin nak buat kuih raya dan segala bagai juadah raya.
Geng xbalik raya 2010!

Oh ya aku ada buat 2 pasang baju raya kat cni. Of course bukan aku yang buat, upah Mak Long yang buat. Rokiah dan Anje Zahidah mesti ingat. Tema raya kita time ni warna Maroon kan. Raya di sini bukanlah sebulan macam raya di Malaysia sebab banyak program kena uruskan terutama sambutan pelajar baru.  Selepas raya adalah fatrah kedatangan mahasiswa baru ke Mesir untuk menyambung pengajian.

Tahun 3 (2011), berlaku evakuasi sebab suasana tak stabil di Mesir. Waktu tu tengah cuti musim sejuk. So memang kena hantar balik la. Bila dah balik evakuasi makanya tak balik la cuti musim panas. Dan kali kedua puasa dan raya di Mesir. Tahun ni lebih meriah sebab ramai kawan yang xbalik jugak. Dan tahun ni jugak rajin buat kuih raya. Sedap pulak tu.lols Thanks to Kak Qoh and Aina sebab tolong siapkan kuih raya aku. Aku buat doh je yang bentuk dan bakar biasanya kak Qoh dan Aina. Kononnya sibuk sebab jadi timbalan pengarah AHLAN, ex officio dan etc. luls
Bila raya memang menjadi kebiasaan round beraya di rumah-rumah negeri. Even bukan negeri sendiri, buat je muka xmalu pergi beraya. Biasanya siapa yang anak negeri tu akan jadi leader untuk negeri masing-masing. At least ada wakil. Kalau xde wakil pon belasah je pergi. Makan punya pasal.haha


Tahun 4 (2012) tahun balik Malaysia. Ini tahun last aku beraya kat Malaysia sehingga sekarang masih belum dapat rasa raya Malaysia. Aku mau makan lemang!!! Tetiba

Tahun 5 (2013) giliran berRnR di Mesir. Aik ada giliran? Aku pon ada giliran beraya jugak belum kawin time ni.luls Aku punya giliran 2 tahun sekali balik Malaysia mengikut kondisi semasa dan mempertimbangkan beberapa faktor. Pertamanya untuk save duit. Biasa kalau xbalik, aku kirim duit balik Malaysia untuk family, buat belanja pergi umrah plus simpan untuk kawin (ada jugak).
Actually tahun ni aku dah balik sebelum cuti musim panas. Aku balik Malaysia waktu pilihanraya ke-13. Excited beb boleh mengundi kali pertama. Tu pun ketar-ketar tangan nak pangkah. Penyakit aku dari kecik bila nak perform sesuatu perkata untuk kali pertama. Ada je still terketar-ketar tangan kaki dan badan sekalipun bukan kali pertama yakni pegang mikrofon bercakap di depan ramai orang. Lama masa yang diambil untuk biasa dengan benda alah ni. Adoiii. Ye la nak bertukar dari padang dan trek ke podium dan mikrofon bukan satu benda yang mudah.

Benda yang xleh lupa tahun ni adalah tour ke masjid-masjid dan solat hari raya di laluan tangga masjid sebab lambat datang. Orang Arab biasa solat hari raya awal. Kalu lambat memang melepas la.

Walaupun tak beraya di Malaysia lepas raya kena hantar balik Malaysia juga. haha Evakuasi kali ke-2. Bukan senang nak merasa 2 kali evakuasi. Aku di antara manusia-manusia terakhir dari Sayyeda Zenab (penempatan budak-budak Cairo U) yang dihantar balik. Ingat xnak balik sebab evakuasi sukarela tapi kena balik sebab akhawat tidak digalakkan untuk stay. Balik selepas raya memang xde suasana raya la.haha Never mind. Kali ni balik memang xlekat di rumah. Sampai KLIA terus ke Selangor, then ke Terengganu (sorang-sorang for the first time), lepas tu baru balik Kedah (tengah malam sorang-sorang without musyrif. Kalu di Mesir dah masuk kes JAKSI.haha). Itu pun xsampai 2 hari duduk umah pergi Kelantan plak. Lepas lepak kat rumah seminggu, jalan-jalan Penang plak. Xsempat nak lama-lama kat Malaysia dah kena panggil balik Mesir. Ingat nak cuti straight sekali raya Korban tapi xdapat.

Tahun 6 (2014) dah tahun last pengajian kat Mesir. Ingat nak beraya last kat Mesir sebab lepas-lepas ni memang xlah. Konon. Feel Ramadhan dan raya waktu ni kurang ckit sebab sibuk dengan kelas tapi still ada masa untuk pergi tarawih, ifthar ramai-ramai, buat kuih raya dan sebagainya. 2 minggu lepas raya baru aku balik. Dapat la rasa serdak-serdak kuih raya. Tahun akhir xleh nak balik lama-lama sebab dah nak final. Balik lama bermakna lama la xstudy. Itu aku la.


Raya budak-budak tahun 6 (2014)di rumah Ust Zikril 

Rombongan raya Gen08

Rupa-rupanya tahun ini (2015) aku ditakdirkan berRnR lagi di Mesir, untuk kali terakhir harapnya. Ini disebabkan nak teman En. suami yang masih di Mesir.
Ramadhan kali ni aku jadi cepat penat. Almaklumlah pompuan mengandung. Kalu hari-hari biasa asyik nak makan saja 24 jam. Inikan pula bila puasa. Petang-petang dah lembik macam xbangun sahur. Tapi gagahkan jugak puasa penuh sebulan sebab kalau skip malas dan xtau bila bleh ganti. Yang best dapat khatam Al-Quran bersama dengan suami. Biasa khatam sorang atau pun lawan dengan ayah sapa paling awal khatam time puasa.

Bila dah kawin, hari-hari kena masak untk berbuka dan sahur. Nasib baik dapat suami yang tak cerewet. Aku masak sekali harung je untuk berbuka dan sahur. Kadang-kadang buat jugak dessert tambahan untuk berbuka macam kuih, agar-agar dan sebagainya. Sebab dah terbiasa di rumah mak akan buat macam-macam kuih time berbuka so bila xde pa2 sampingan tu rasa macam xlengkap berbuka.haha
Puasa kali ini banyak jugak berbuka di luar. Bukan dating tapi memenuhi jemputan orang seperti kawan-kawan, pensyarah, pegawai MARA dan lain-lain. Kami ada juga buat jamuan berbuka kecik-kecik jemput kawan-kawan. Xlarat nak buat besar-besar plus aku xreti masak banyak-banyak. Kalau masak banyak-banyak ada je cacat celanya especially masak nasi.haha. Teruk betul kan.
Sempat jugak buat kuih raya sejenis dua. Tak larat nak buat banyak jenis. Nasib baik kuih raya dah susut sebelum raya kalau x, memang banyak lagi la sebab xde orang datang rumah pon waktu raya. Nak buat open house pon masih dok fikir lagi.

Berbuka bersama Dr Hala

Tok khatib sedang menyampaikan khutbah raya
Raya tahun ni xjalan mana-mana sangat. Banyak duduk rumah sebab suami ada exam straight selepas raya. So banyak masa kat rumah, kami pakat-pakat habiskan puasa 6.
Raya pertama, pagi-pagi ke Asrama MARA untuk solat raya dan jamuan MESRA PCI. Punya semangat makan sampai rasa xlarat nak g jalan mana-mana dah. Lepas jamuan terus balik rumah. Petang lepas Asar baru keluar balik pergi rumah terbuka junior. Lepas-lepas tu memang xpergi mana-mana dah sampai sekarang.
Raya kedua adik sc datang jauh-jauh dari Kaherah nak beraya. huhu Terharu! Masak sikit untuk orang jauh yang dirindui.

Malaysia vs Mesir

Itu la kisah RnR aku di Mesir. Kalau orang tanya raya tahun bila paling best kat Mesir ni, aku sendiri xde jawapan. Setiap tahun ada memori tersendiri. Maybe tahun ni special ckit sebab raya dengan suami plus ada orang ketiga yang aktif kat dalam tu.

Kat mana pun kita berRnR, yang paling penting kita istiqamah dengan ibadat-ibadat yang kita buat waktu Ramadhan. Kita bukan hamba Ramadhan tapi kita hamba ALLAH. Ramdhan hanya sebulan tapi ALLAH everytime wujud. Berusaha untuk jadi hamba yang bertaqwa kepada ALLAH. Taqwa tu ada tanda, menurut ustaz Jamil antaranya ada 2 akhlak/peribadi yang mulia dan ketekunan dalam sebarang pekerjaan.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436
Maaf zahir dan batin
Taqabalallahu minna wa minkum




No comments:

Post a Comment