Thursday, July 22, 2010

Ayah dan Kencing Manisnya

Kencing manis adalah penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakkan orang tak terkecuali juga ayah yang kucintai..Ayah menghidapi penyakit kencing manis tahap kronik sampai doktor menyarankan agar ayah mengambil suntikan insulin.. Tapi ayahku takut dengan jarum.. Jadi untuk mengelak disuntik ayah tidak lagi berjumpa dengan doktor selepas disarankan suntikan insulin oleh doktor.. Ayah, ayah... Aku pun tak mampu untuk menasihati ayah. Sudah acapkali aku berleter kepada ayah supaya berjumpa dengan doktor tapi jawapan yang sama aku terima dari ayah," Ayah rasa ayah sihat ja. Boleh buat kerja kuat lagi ni.."..

Teringat aku peristiwa tiga tahun lalu...
Hari itu ayah menebang pokok di atas bukit di belakang rumah kami yang terletak berhampiran dengan hutan pokok getah.. Malang tidak berbau pokok yang ayah tebang itu jatuh menimpa betis ayah.. Sakitnya usah dikata..Ayah pulang ke rumah tanpa dapat menghabiskan kerjanya gara-gara sakit yang amat sangat..
Di rumah mak membalut kaki ayah dengan daun apa entah (rawatan tradisional).. Selama beberapa hari kaki ayah bertambah teruk dan sehinggakan ayah tidak dapat berjalan. Melihat keadaan ayah yang teruk itu bapa saudaraku menghantar ayah ke hospital.. Di hospital doktor terkejut melihat keadaan kaki ayah yang sudah teruk dengan lebam sepanjang betis ayah.

Ayah terpaksa ditahan di hospital selama beberapa hari memandangkan betis ayah memburuk dan kerja-kerja mencuci perlu dilakukan segera untuk mengelak dari merebak.. Sedih melihat keadaan ayah. Pertama kali aku lihat ayah menangis kerana tak tahan sakit ketika doktor mencuci betisnya yang brlubang itu tanpa sebarang bius.
Aku mengambil alih menjaga ayah selama sehari di wad Hospital Sik. Nasib baik ayah ada ramai anak. Kami bergilir-gilir dengan mak menjaga ayah.. Tidur di wad bukanlah sesedap tidur di rumah memandang wad Hospital Sik bukan secanggih hospital lain.Aku hanya tidur di atas lantai beralaskan kain selimut dengan ditemani nyamuk-nyamuk yang sentiasa menagih darah manusia. Tapi bukan aku kisah semua itu kerana aku sudah biasa dengan semua itu..

Alhamdulillah kaki ayah sempat diselamatkan kerana ia belum merebak ke 'tendon calcaneus'.. Tak dapat kugambarkan kegembiraan melihat ayah dapat berjalan seperti biasa.. Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan kaki ayah yang aku cintai..

Setahun yang lalu..
Ayah yang kuat bekerja terpijak kayu di dalam bendang.. Tapak kakinya membengkak dengan teruk walaupun hanya kecil sahaja luka tertusuk kayu tajam.Beberapa hari juga ayah tak dapat berjalan.. Sudah puas aku menyuruh ayah ke hospital kerana bimbang keadaan ayah akan bertambah teruk memandangkan sudah beberapa hari ayah masih belum sembuh. Tapi ayah masih dengan sikap keras kepalanya... Alhamdulillah akhirnya ayah sembuh setelah hanya menggunakan rawatan tradisional.. Aku pun tak pasti apa yang ayah letak kat tapak kakinya..

Hari ini..
Aku menghubungi ayah untuk memaklumkan keputusan peperiksaanku yang baru kuterima semalam.. Aku bercakap lama dengan ayah. Ayah bercerita macam-macam kepadaku. Aku lebih suka menjadi penyoal dan pendengar yang setia.. Ayah gembira bercerita tentang padi di bendangnya yang bakal dituai tidak lama lagi dan tentang majlis perasmian oleh pengarah projek sebelum kerja-kerja menuai dilakukan memandangkan bendang-bendang yang diusahakan oleh ayah diselia oleh persatuan PELADANG. Apabila aku menyoal tentang penyakit kencing manis, ayah pantas menjawab," Ayah sihat ja nie. Boleh buat kerja kuat.. Tengok ayah pikul baja 500 kilo sehari....". Ayah, ayah...perangai ayah masih macam dulu walaupun sudah setahun aku tidak bertemu dengan ayah, hanya mendengar suara melalui telefon. Ayah masih degil tidak mahu bertemu dengan doktor dan hanya bergantung dengan ubat yang dibeli dari farmasi..Puas sudah aku menasihatinya supaya bertemu dengan doktor.

Hari ini ayah menceritakan yang dia melantak dengan bahagianya beberapa bijik buah durian 2 3 hari yang lalu melepaskan gian di kenduri pulut durian(pada musim buah-buahan sahaja) jiran sebelah rumah memandangkan hanya setahun sekali sahaja bertemu buah durian. Malangnya selepas pulang ke rumah pada malam itu ayah mengalami pening-pening yang sangat teruk sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak.. Kata ayah, " Ayah hanya ingat mati sahaja, sebelum nak tido tu ayah mengucap banyak-banyak"..Ayah, ayah...dah tahu ada kencing manis tapi makan tak pantang langsung.. Perkara yang sama aku bebelkan ketika bercakap dengan ayah," Ayah kena jaga makan.. Makan tu kena pantang, tak boleh makan ikut suka saja."

Ayuh sesiapa yang dikhuatiri menghidap kencing manis atau berkemungkinan menghidap kencing manis mari kita menjaga pemakanan kita. Dari pemakananlah segala penyakit boleh menjelma.. Jangan degil macam ayah aku...Tapi yang pasti aku takkan putus asa membebel ayah sebab aku sayang ayah..
Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kencing manis seperti aku mari kita berjaga-jaga. MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI..



3 comments:

  1. assalamualaikum wbt bad,
    ni ade cara tradisional yg ust aja untuk ubat skt kencing manis,alhamdulilah,ramai pesakit dah sembuh biiznillah.bleh try ikhtiar.
    cari pokok dukung anak, misai kucing dan hempedu bumi...masing2 5gram, keringkan...den ble dah kering betul, blander semuanya...den rebus dlm periuk tanah selama 5-6jam, den minum 3x sehari lps makan selama seminggu, dan utk minggu kedua 2x sehari sahaja....makan lah beras perang juga

    ReplyDelete
  2. terima kasih nina..petua yang bermanfaat.t saya cakap kat ayah saya...sebelum nie pon dia da wat macam2.Tapi saya x pasti apa yang digunakan..

    ReplyDelete
  3. Ekstrak Herba bantu atasi masalah elak risiko Diabetes

    ReplyDelete