Sunday, August 15, 2010

Takdir oleh YANG SATU

08/08/10
Pagi itu aku sempat menelefon mak kat kampung untuk memberitahu tarikh sebenar aku akan pergi menunaikan umrah. Hatiku berbunga-bunga tak sabar untuk pergi. Mak berpesan supaya aku mendoakannya supaya dapat juga sampai ke tanah suci. Aku tak sempat bercakap dengan ayah kerana ayah sibuk menjemput orang untuk kenduri kesyukuran dan keberangkatan aku ke tanah suci. Aku hanya mengirimkan salam buat ayah yang tercinta.

Tengahari itu sempat juga aku membeli sedikit barang keperluan untuk ke sana. Selebihnya banyak barang aku pinjam  dari kawan-kawan yang pergi melangkah kaki ke sana.Terima kasih kawan-kawan..
Barang-barang di rumah kubawa ke rumah tumpangan aku petang itu tapi aku tak sempat untuk mengemas rumah yang macam tongkang pecah. Aku berjanji akan pulang semula ke rumah tersebut esok hari untuk mengemas sebelum aku melangkah kaki ke tanah suci.

Petang itu aku ke Hayyu Asyir untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan Menteri Besar Kedah. Semasa dalam perjalanan menaiki tramco aku mendapat panggilan daripada ustaz yang menguruskan pemergian aku ke tanah suci, menyuruhku bersiap-siap segera kerana aku perlu berada di Rumah Selangor sebelum jam 3 pagi. Aku tergamam.Aku terkejut.Aku hanya mampu menyiakan segala kata-kata ustaz itu. Tidak pula aku menyuruh pak cik tramco itu berhenti untuk aku patah balik ke Mounira. Aku hanya membiarkan tramco untuk terus membawaku ke Hayyu Asyir. Sampai di Hayyu Asyir aku sempat menjenguk Dataran Hayyu Asyir di mana majlis malam ini bakal berlangsung. Selepas memaklumkan ketidakhadiran aku pada petang itu kepada ajk yang bertugas aku terus pulang ke Mounira dengan menaiki bas dan metro. Penat juga berkejar-kejar macam ni.

Sampai di rumah tumpangan aku terus berkemas-kemas apa yang patut. Nasib baik tiada sangat barang nak dibeli kerana sudah dibeli tengahari itu. Kalut juga aku mencari siapa yang mahu ke Hayyu Asyir malam itu. Alhamdulillah ada kawan yang mahu ke Hayyu Asyir malam itu setelah aku pujuk untuk pergi selepas maghrib.

Malam itu aku sampai agak lambat di majlis ramah mesra tersebut tapi majlis itu dapat dihadiri sampai ke penghujungnya. Sesudah majlis itu aku sempat bersembang-sembang dengan beberapa orang senior. Aku juga mengkhabarkan pemergiaanku ke tanah suci esoknya setelah ditanya kenapa aku tak pulang ke Mounira malam itu.

09/08/10
Pagi itu kami seramai 47 orang berkumpul di Musolla Rumah Selangor pada pukul 3 pagi. Sepanjang malam aku tak tidur kerana aku pasti bila aku tidur nanti pasti susah nak bangun.hehe.Penat usah dikata. Tersenguk-senguk aku ketika menunggu ustaz memberi taklimat.
Pukul 5.30 pagi selepas subuh, kami bertolak ke Lapangan Terbang Assiut dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan aku tidur dengan lenanya di dalam bas tanpa kuhirau pemandangan sepanjang perjalanan. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami sampai di lapangan terbang tersebut. Terkejut  juga aku melihat keadaan lapangan terbang tersebut yang aku kira stesen bas bukan lapangan terbang.
Maka bermulalah proses untuk mendapatkan tiket dan check-in..Semua ikhwah Alhamdulillah berjaya melepasi proses berkenaan. Kami akhawat menunggu dengan sabarnya. Aku terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku dan mengapa kami tidak dibenarkan check-in seperti orang lain.

Setelah hampir 2 jam barulah aku tahu rupa-rupanya mahram tumpangan aku dan 15 rakan yang lain tidak menyertai kami dalam trip tersebut. Mahram tumpangan kami dari trip yang berbeza. Pelik! Ustaz berusaha keras meminta juga pengawai bertugas melepaskan kami ke Jeddah tanpa mahram tumpangan. Masa semakin suntuk keadaan semakin genting. Kami hanya mampu berdoa tapi akhirnya harapan kami berkecai. Pengawai tersebut tetap tidak dapat membenarkan kami pergi kerana dia mendapatkan arahan dari Jeddah yang tidak membenarkan sesiapa pergi tanpa mahram bersama-sama.
Saat ustaz mengkhabarkan kegagalan untuk pergi, jelas terlukis kekecewaan di wajah sahabat-sahabatku yang lain. Sedih...Ketika ustaz mengucapkan selamat tinggal kepada kami sebelum dia bersiap-siap dengan pakaian ihram, aku tak dapat memandang ustaz yang berlalu pergi. Terlalu sedih..

Kami terpaksa pulang semula ke Kaherah. Sementara menunggu bas yang berpatah balik ke Assiut kami merempat di luar balai berlepas selama lebih 3 jam. Ada pengawai yang bertugas di situ memberikan kami minuman dan makanan. Mungkin kesian melihat kami semua walaupun sebelum ini dia yang tidak membenarkan kami menaiki kapal terbang. Dia sempat meminta maaf kepada kami atas apa yang berlaku kerana katanya dia hanya mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi. Yang kelakarnya lepas dapat makanan semua orang bertenaga semula, siap boleh bergambar lagi. Petang itu masa dihabiskan dengan melihat pemandangan Assiut yang hanya padang pasir berdebu. Kering tekak tertelan pasir berterbangan ditiup angin.
Lebih kurang 7.30 petang bas sampai dan kami pon bertolak ke Kaherah tanpa ditemani oleh mana-mana ikhwah kecuali 2 orang pak cik bas. Sempat juga bas bergurau dengan kami dengan menyuruh kami semua kahwin baru boleh lepas.

10/08/10
Pukul 2.30 pagi kami sampai di Hayyu Asyir.
Seharian duduk berkurung di Rumah Terengganu menunggu keputusan sama ada kami masih berpeluang atau tidak untuk ke tanah suci. Peluang semakin tipis memandangkan mahram kami adalah orang Malaysia singgah di Mesir sebelum bertolak ke tanah suci pada 12/08. Ada juga mahram yang tidak dapat dikesan oleh ustaz sendiri. Kami terpaksa meng'google' sendiri untuk mencari siapa sebenarnya mahram tersebut. Rupa-rupanya terkenal juga mahram tersebut tetapi beliau sudah pun berada di tanah suci sejak awal Ogos lagi. Malam itu aku solat tarawih pertama di musolla rumah Terengganu. Musnah impian untuk bersolat tarawih di tanah suci.
Ramadhan yang tiba disambut dengan gembira walaupun hati sedikit tercalar. Aku cuba untuk bersikap positif, redha dan tabah dengan apa yang berlaku.

11/08/10
Hari pertama berpuasa di Mesir. Perasaan bercampur baur. Harapan semakin tipis. Aku sudah dapat menerima sepenuhnya berbanding hari sebelumnya.
Selepas tarawih diadakan perjumpaan bersama ustaz yang menguruskan kami di sini. Perbincangan tentang hal sebenarnya yang berlaku dan beberapa penyelesaian ditawarkan kepada kami. Barulah kutahu perkara sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya trip kami dicampur oleh orang yang membuat visa di Malaysia dengan trip lain menyebabkan berlaku masalah mahram. Walaupun ustaz tidak bersetuju dengan percampuran tersebut tetapi orang yang buat visa itu tetap berkeras tanpa memikirkan masalah-masalah yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Harapan untuk ke tanah suci hanya tinggal harapan. Kami beberapa pelajar perubatan terpaksa menarik diri memandang tawaran tarikh untuk ke umrah lagi bertindih dengan jadual pengajian yang padat.

12/08/10
Setelah wang sepatuh dikembalikan pagi itu, aku bergegas pulang ke rumah. Sehingga hari ini aku masih belum menghubungi mak dan ayah aku di kampung memaklumkan perkara ini. Teruk betul kan..Kesian  kat mak dan ayah yang sampai buat kenduri doa selamat sempena pemergianku ke tanah suci. Nasib baik kenduri itu ada 2 matlamat buka sekadar kenduri doa selamat tapi juga kenduri kesyukuran.

Peristiwa ini mengajar aku untuk bersedia menerima sebarang kegagalan dengan hati yang terbuka, sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dengan ALLAH. Mungkin di sebaliknya ada sesuatu yang tidak tahu. Semuanya sudah dirancang oleh ALLAH.

6 comments:

  1. ade hikmah di sebalik yg berlaku..
    Dia lebih mengetahui apa yg trbaik buat mu..
    rezeki Allah itu luas..insyaAllah satu hari nanti pasti Bad dpt menjejakkn kaki di rumah Allah =)

    Salam Ramadhan~

    ReplyDelete
  2. Wakil anak-anak makAugust 17, 2010 at 2:38 PM

    Mak, jangan sedih2, nt kami pun sedih jgk, huhu.
    Jgn risau ye, kami sentiasa ada utk temankan mak.

    Selamat meneruskan ibadah kepada ibu kami dalam bulan yg penuh barakah ini, banyakkan bersabar ye, sesungguhnya sabar itu indah. :)

    Moga suatu hari nt, impianmu utk bertandang ke rumah Allah itu menjadi kenyataan, amin ya Rabb..

    ReplyDelete
  3. sejak bila bad ade anak-anak2?haha..

    bsabar lah ya..ujian itu rahmat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih akak-akak dan anak-anakku... Sayang korang semua..

    kak dira: Ameen... InsyaALLAH ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Mungkin berkelana di Mesir ini lebih baik untuk saya.

    anak-anak mak: InsyaALLAH.. Anak-anak mak duduk umah elok2 taw time mak xdak. Minx maap x sempat nak jenguk selalu. Jangan nakal-nakal.

    kak bella: sejak bila ek? xingat la akak. Besa la dapat anak free.hehehe xyah bersalin tapisuma dah besar2 xleh nak cubit2 pipi.hehehe

    ReplyDelete
  5. salam bad..ingat intan lagi?
    eheh~ dah ade beloggg...^_^

    nak tanya..sejak bila akhawat boleh pegi tanah haram tanpa mahram sendiri?

    ikut cerita bad, xjadi pegi kan tapi almost pegi..bole ek?
    dah pernah ade akhawat mesir pegi ke?

    salam ramadhan~ =)

    ReplyDelete
  6. wassalam w.b.t
    maaf intan baru perasan mesej intan
    kalu sebelum ni xdak mahram tapi kalu ada perempuan yang boleh dipercayai boleh pegi. tapi sekarang kerajaan mesir dah xbg. kalu nak pegi jugak kena guna mahram tumpangan.
    sebelum ni dah ramai akhawat pergi guna mahram tumpangan.xdak masalah.
    saya dah sampai airport tapi xnaik flight ag.

    ReplyDelete