Sunday, August 1, 2010

Kek Pisang

Impianku untuk membuat kek pisang tercapai jua pada cuti musim panas ini. Tapi sayangnya tak boleh praktis buat kek  kat rumah untuk bagi keluarga makan.
Teringat kat adik-adikku yang sangat suka kek pisang..
Time ni la nak feeling lebih.. I miss home. Kesian kat mak kena masak setiap hari. Harap tahun depan aku boleh ambil tugas mak untuk beberapa bulan..Ni la resepi kek pisangnya. Cuba jangan tak cuba..

Kek Pisang Lembut

Bahan-Bahan
-8 biji pisang (saiz kecil)
-3 biji telur
-1 cawan gula
-2 cawan tepung gandum
-1 paket baking powder
-1 paket vanilla
-1 cawan minyak masak


Cara membuat
1) Lenyek pisang dan biarkan begitu sahaja
2) Kisar telur sehingga putih,masukkan gula dan kisar lagi sehingga sebati
3) Tuang bahan yang dikisar ke dalam bekas
4) Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
5) Masukkan baking powder serta vanilla, kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi.
6) Akhir sekali masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati
7) Bakar adunan dengan api yang kecil

Senangkan nak buat kek pisang.. Rajin-rajin la mencuba. Ni pun pertama kali aku buat kek pisang. Terima kasih kepada Wardah yang sudi memberi resepi (dia pun tak pernah buat) walaupun telah diubahsuai sesuka hati dan terima kasih kepada Anje yang menjadi pembantuku di dapur...

Kepada kawan-kawanku yang berada di Malaysia rajin-rajin la turun ke dapur ye bantu ibu mana-mana yang patut. Lagi bagus kalau ambil terus tugas memasak sewaktu cuti begini.
Apa salahnya sekali sekala memberi peluang kepada ibu kita berehat setelah bertahun-tahun terperuk di dapur.
Apa salahnya merasa penat lelah ibu kita menyediakan makanan kepada kita selama ini..
Apa salahnya kita berbakti kepada ibu kita selagi masih ada waktu..
Apa salahnya memberi keluarga kita menikmati masakan kita walaupun tidak sesedap masakan ibu kita..
Waktu ni la nak praktis memasak sebelum kahwin nanti.

p/s: Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita selagi masih ada waktu, selagi ALLAH masih mengizinkan kita bernafas menyedut udara di bumiNya..

5 comments:

  1. wahh..ade resepi kek pisang kt sini..bleh cuba masak nih..hehe ;D

    sdap la kek pisang bad (walau 1st time msk)..mmg best~~masak lg eah..^__^

    ReplyDelete
  2. terima kasih..
    Esok datang la umah time petang.. saya nak wat kek pisang esok...
    kalu x datang rugi..hehehe

    ReplyDelete
  3. eh bad ade belog?

    haha..selamat ber summer di cairo..
    doakan akak di mekah nanti~

    ReplyDelete
  4. annemishi: ye hanis. baru je ada. Mencuba untuk menulis..belajar..

    kak bella: InsyaALLAH akak. akak nak pesan doa kat saya pun bleh.t bg la doa kat saya hehe Saya g 12 aribulan nie..doakan saya selamat sampai kat sana dan dapat menunaikan ibadat dengan khusyuk...

    ReplyDelete